Doa & Takziah Untuk Penduduk Kg. Lata Rek yang Dilanda Banjir 22-31 Disember 2014

Monday, 3 June 2013

Set Jeragat Giffarine



Adik aku ada bertanya berkenaan temannya yang ingin mengguna produk yang sesuai untuk masalah jeragatnya. Setelah bertanya dan berbincang dengan Kak Ina agen produk aku .. Inilah yang dapat dari perbincangan itu.
Ada 3 langkah asas untuk semua orang dalam penjagaan wajahnya. Aku terlupa tentang jenis kulit yang dimilikki oleh teman adikku itu. Produk yang aku senaraikan ini sesuai untuk semua jenis kulit.

3 Set Asas Penjagaan Wajah

Langkah 1 : Mencuci
Langkah 2 : Toning
Langkah 3 : Melembap

Untuk Merawat Jeragat Bagi Kulit Kering pula aku syorkan:

Langkah 1 : Mencuci (Cleaning)

1. a) Whitiss Whitening Facial Foam
Pembersih energentik yang dapat membersihkan kesan solekan dengan berkesan dan membuat kulit bertambah cerah, lembut dan bersih. Diperkaya dengan ekstrak semulajadi untuk meningkatkan kecerahan kulit.
Kandungannya sangat lembut pada kulit dan tidak mengeringkan wajah
Penggunaan yang kerap (min 2x sehari) boleh mengembalikan keserian wajah yang kusam.

Harga runcit: RM 26.00
Berat Bersih : 85g
Kod: 10511-06

 b)    Atau Glamorous Beaute  Purifying Facial Cleansing Foam
Pembersih muka istimewa ini dapat membersihkan wajah anda secara mendalam. Ia juga membantu mengecilkan liang-liang roma terbuka. Buih pembersih ini sangat lembut pada kulit muka serta melembabkan. Diaplikasi dari Enantia Chlorantha, Radiance CR, Vitamin C dan Coenzyme R. Ianya membantu mencerahkan kulit muka serta melindungi wajah anda dari pada sinaran UV yang boleh merosakkan kulit.

Cara penggunaan:
Letakkan sedikit pembersih muka, campur dengan sedikit air sehingga berbuih. Sapu dan urut pada muka perlahan-lahan. Kemudian bilas dengan air. Gunakan setiap pagi dan malam.
Harga runcit: RM 39.50
Berat Bersih : 100g
Kod: 11005-06


Langkah Ke-2 

(Toning)

Miracle Fluid Facial Treatment Essence


Ianya tidak mengandungi alkohol dan pewangi seperti mana toner muka yang lain
Bahan utamanya ialah Buah Delima, Witch Hazel dan Spirulina
Semua bahan ini bertindak mengekalkan keanjalan kulit. Kulit menjadi lebih cerah berseri dan kelihatan sihat.

Cara Penggunaan:
Titiskan 'cecair ajaib' ini ke atas tapak tangan atau kapas muka, oleskan dengan lembut ke seluruh muka dan leher yang telah dibersihkan.

Harga Runcit: RM 69.90
Kod : 15006-06
Berat Bersih: 150g

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...