Doa & Takziah Untuk Penduduk Kg. Lata Rek yang Dilanda Banjir 22-31 Disember 2014

Tuesday, 12 August 2014

Jom Hilangkan Bintik Hitam Di Kulit Muka !

Ada yang tanya akak ada tak cara alami untuk mengurangkan bintik hitam. Akak ada terbaca petua dekat majalah Jelita keluaran 90an. Petuanya mudah sangat untuk menghilangkan bintik hitam di kulit muka.


Caranya :
Potong separuh buah lemon, tuangkan 3 atau 4 titik madu ke buah lemon tersebut dan gosokkan ke muka anda. Biarkan campuran selama 5 minit sebelum membasuh muka anda dengan air sejuk. Air dari buah lemon turut membantu mengurangkan tanda-tanda di muka manakala madu pula adalah pelembab semulajadi yang berkesan.

Akak pernah cuba cara ini sebelum ini tapi lebih kepada untuk membersihkan wajah selain penggunaan produk Giffarine.
Anda boleh cubalah.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...