Doa & Takziah Untuk Penduduk Kg. Lata Rek yang Dilanda Banjir 22-31 Disember 2014

Tuesday, 25 November 2014

Monday, 24 November 2014

Harga Baru Giffarine

Beberapa produk telah mempunyai senarai harga baru iaitu :
1) Aquara essence Spray  = RM 33.60
2) Compact Foundation Oil Control (CO1 - CO3) = RM 38.60
3) Refill Compact Foundation Oil Control = RM25.40
4) Giffarine Lip Tester = RM49.00
5) Miracle Fluid Facial Treatment Essence = RM106.00
6) Crystalline Foundation Stick (FS32 - FS 34) = RM39.87
7) Giffarine Light Makeup Foundation (MF1 - MF3) = RM34.53
8) Giffarine Compact Foundation (C1 - C3) = RM31.30
9) Re-White Whitening Roll On = RM 14.00
10) Active Young Lip Colour (AL3 -AL4) = RM13.20
11) Giffarine Make Up Set = RM 63.60
12) Sis Magic Lip (strawberry) RM16.93
13) Daily Sample = RM19.33
14) Crystalline Makeup Set 2 = RM131.00
15) Dramatic Exfoliating Massage Lotion = RM 53.00
16) Centella Body Lotion = RM 33.60
17) Dramatic Prueraria Breast cream = RM71.33
18) Skin Softner = RM 23.87
19) Granada Shampoo = RM 26.53
20) Granada Conditioner = RM30.00

Itulah di antara senarai harga baru produk Giffarine yang sempat akak update.
Selamat menggunakan Giffarine Produk yang berkualiti dan dijamin halal serta terbaik.

Monday, 20 October 2014

Aquara Spray

Semburan mineral dengan campuran kompleks dan ekstrak bunga lili ini membantu menyeimbangkan kulit, menggurangkan kesan dedahan kulit anda pada pencemaran sekeliling dan matahari. Ianya memberikan kelembutan dan kebersihan pada kulit serta menambahkan kelembapan supaya anda terasa segar dan bersih sepanjang hari. 

Kod :10602-06
Harga RM33.60
 
Kali pertama diperkenalkan dengan produk ini penyakit was-was itu masih ada. Aku tak yakin sangat apa kebenda fungsi spray ni sebab bagi aku guna ajelah bedak kalau nak cantikkan muka. Tapi aku guna juga sebab orang lain dah ramai mula bercerita pasal kehebatannya. 
Mula-mula guna nak nangis rasa spray masuk mata. Cepat-cepat ambil tisu lap mata. Lepas tu aku terus tempek bedak. Ishh tak sabar sungguh aku ini sebab aku tak rasa apa-apa pun masa tu. Lepas tu aku pergi kerja.
Petang aku keluar pergi rumah adik iparku. Gara-gara bonda aku dah menunggu lama maka aku pun nak cepat lepas mandi terus aku spray 'Aquara Essence Spray' ni kat muka. Sementara tunggu kering aku pun pakailah baju dan sapu losyen sikit kat badan. Nak dijadikan cerita, aku terus keluar ikut bonda lupa dah nak tempek bedak ngn lipstik macam biasa. Masa atas kereta baru aku perasan aku tak bermekap. Dah jauh 30km lebih dah perjalanan ni mustahil nak pusing balik rumah untuk mekap. Aku pun teruskan juga perjalanan dengan rasa hati yang sedikit terkilan.
Masa singgah kat Stesyen Minyak aku tak turun sebaliknya mintak tolong adik pergi kat kaunter buat pembayaran . Sebab aku rasa malu wajahku yang pucat tanpa mekap.
Masa singgah kat KFC aku tak keluar dari kereta juga almaklumlah masih segan dengan wajah tanpa mekap. Namun nak dijadikan cerita adik aku yang tinggal kat Melaka telefon. Aku kena contact dia balik tapi credit telefon plak tinggal sen-sen je. Adik-adik aku yang lain masih kat dalam KFC maka dengan rasa stress 75dgree aku keluar juga ke 7E yang berdekatan untuk membeli top up. Masa nak buat pembayaran tu, adik yang jaga kaunter tu tenung aku semacam je. Hati aku pun berdetak. Ni tentu dia pun stress sama tengok wajah aku yang pucat. Tapi tenungannya itu macam adik something wrong yang menarik kat pipi aku. Lepas bayar aku cepat-cepat blah dari situ. Sambil-sambil tu aku pun buat-buat tutup muka ngn tangan malu kononnya. Eh! Biar betul.. Aku sentuh sekali lagi pipi aku. Tak puas hati juga aku gosok lagi kuat. Oh..!!! Benarkah ini. Cepat-cepat aku berlari ke dalam kereta. Benda pertama yang aku selongkar ialah cermin kecil yang terselit kat tempat sebelah pemandu. Aku terpegun seketika melihat wajahku. Kus semangat aku seketika. Then aku tersandar kat kusyen kereta melepaskan lelah yang berbuku di dada.
Masa adik-adik ngn bonda aku masuk kereta aku masih dalam debaran. Kami meneruskan perjalanan ke rumah adik iparku.
Sesampai aje kat rumahnya dia sedang memasak kat dapur. Aku terus masuk lam rumah dan mula nak mengadap cermin. Adik ipar aku muncul di tangga terus tegur aku dan salam tangan aku.
"Kaklong, comey muka kaklong. Nampak pink kaler."
Ya.. aku rasa nak menjerit kuat-kuat masa tu.
"Kaklong pakai apa hari ni?"
"Jangan nak sindir kaklong,"
"Betul kaklong nampak pink cantik.."
Yahoo..
Semenjak hari itu aku juga rasa tak kisah dah nak keluar rumah tanpa mekap pun. Kulit wajahku masih lembut dan licin. Rasa menyegarkan kulit wajah. Apa yang paling best rasa sejuk walaupun berada di bawah cahaya matahari yang teruk. Kulit juga terasa gebu, bersih, lembab dan segar sepanjang hari. Saya biasa pakai spray ni sebelum pakai krim dan bedak. Ianya nampak ketara. Kulit wajah cantik asli tidak seperti kulit wajah sesetengah orang yang guna produk jenama lain kulit mereka nampak cantik tapi nipis sampaikan macam transferan plak. So, anda bagaimana? Saya dah mencubanya anda bila lagi.

Thursday, 16 October 2014

Harga Baru Produk Giffarine

Assalamualaikum..
Perhatian...
Beberapa harga baru produk sedang di kemas kini. Sementara waktu sebarang pembelian online tidak akan dilakukan sehingga diberitahu kelak.
Namun begitu segala maklumat dan info berkaitan penggunaan produk masih boleh dikongsi di sini.

Harap semua bersabar bagi yang ingin memberi produk Giffarine dengan saya.


Sunday, 5 October 2014

Cara Pilih Foundation

 Salam, hari ni nak cite berkaitan Foundation.
Ada yang tanya akak ada tak teknik nak pilih foundation dengan betul?
Termenung akak seketika...
Biasanya sebelum ni akak memang tak arif sangat pasal foundation ni. Selalu sangat beli foundation yang salah dengan warna kulit akak, samada terlalu cerah sampaikan nampak macam patung opera atau terlalu gelap..
Terfikirlah macam mana nak nak tahu foundation tu sesuai tak dengan kulit akak ni.
Masa hadir seminar terjumpa dengan teman yang mula2 perkenal produk Giffarine dekat akak. Dialah yang jadi mentor akak dan pakar kecantikan berkaitan Giffarine. Tempat rujukan akak bila blur berkaitan produk.
Ini tips dari beliau. Katanya jangan sesekali sapu foundation dekat tangan sebab tona kulit muka dengan tangan sangat berbeza.  Habis tu nak sapu kat mana? Takkan dekat kaki kot...
Menurut beliau jika cuba foundation tu sapu je kat pipi dan cepat-cepat ratakan. Jika nampak sekata dengan kulit kita, itulah warna yang sesuai dengan kulit kita.
Maka akak pun testlah apa yang diajarnya.
Ianya 99.99% betul. Jadi sekarang tiada lagi masalah nak pilih foundation colour.
Anda bagaiman? Boleh cuba ilmu yang akak share di sini ya...
Selamat memilih foundation dengan colour yang betul.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...