Saturday 7 October 2017

HUDA BEAUTY BLACK MASK

Collagen & Charcoals Peel-Off Facial Mask
Whitening Complex
Acne,& Brightening & Blemishes
Deep Cleansing & Oil Control & Anti-Aging
Removes Blackheads & Tightens Pores
100ml

Features :
A high quality facial mask that help skin recover its youthful appreance formulated with vitamins A and E. This perfecting masque revitalize and maintain moisture balance of your skin and deep cleans oil and dirt from pores and allow moisture to be absorbed into the skin. When usde regularly, skin is clean, soft and fres with lighter appearance.

Main Ingredients :
Aqua, Ethanol polyvinyl Alcohol. Propylence Glycol, Carbbopol Aqua SF-1 NaOH, Germeban II Fragrance. 2Na. EDTA

Directions:
Apply lightly to face in upward motion. Carefully avoiding eyes. Leave on until completely dry. Gently peel away. Rising-off any residue that mmain remain.

Suitable for People with :
Dull Facial Skin , Aging Fine Lines and Blemishes, Oily or Acne Skin, Nose with large pores Blackheads, Daily sit in front of Computer Radiation.


Itu yang sis copy dari kotaknya. Atas pengalaman sis pertama kali guna mask ni memang ada beberapa yang sis perasan. Pertama kali melumur ke wajah sis memang terasa melekit dan tidak selesa. Sis lumurkan ke seluruh wajah kecuali pada mata dan kening. Tang bahagian bibir pun sis sapu juga.
Sementara menunggu mask ni kering Sis baring sambil membaca novel. Mask ini baunya wangi lembut memikat. Kulit juga terasa semakin lama semakin tegang seolah ditarik oleh gel mask yang semakin mengering.
Bila dah betul-betul kering, sis teruja untuk menarik keluar mask di muka. Terasa sedikit perit apabila melibatkan bahagian kening dan pipi di bawah mata. Memang mengalir air mata terasa keperitan kulit muka itu. Sis tetap tarik keluar dan apa yang sis perhatikan kulit muka terasa lembut aje selepas mask ini selesai ditarik keluar. Kulit terasa tegang dan lembut gebu. Blackhead ke whitehead ke tertarik keluar sama. Nampak berceracak di mask tersebut.
Sis rasa sangat teruja selepas memakai mask ini. Teruja dengan hasilnya di kulit wajah sis. Sampaikan sis ambik tangan hubby dan letak kat pipi sis. Hubby cakap bertambah gebu pipi sis.
Ha, macam mana dah cuba ke Huda Beauty Black mask ini? Jomlah cuba.

Friday 29 September 2017

Aleo Vera 92% Soothing Gel Nature Republic

Salam sejahtera. Apa khabar ? Saya doakan semoga anda yang membaca coretan ini berada di dalam keadaan  sihat sejahtera.

Nampak tak produk apa tu kat atas?
Saya tengah guna produk ni.  Soothing & Moisture Aleo Vera 92% , Soothing Gel dari nature Republic.
Produk ni buatan Korea.
Kalau sis minat K-Pop ha ini dia salah satu produk dari sana.
Okey review sis kali ini pasal produk ini...
Masa tengok kawan dan adik guna produk ini, sis buat endah tak endah je. Tapi satu hari tu sis plan nak ambik original Aleo Vera dari pasu tepi rumah untuk kegunaan sis. Petang tu hari hujan dan sis malas nak berhujan semata-mata aleo vera. Jadi kebetulan adik ada kat rumah sis. Sis teringat dia yang guna produk ini.
Jadi sis pun ushar lah kat adik.
Bila dah dapat sis belek bekas tersebut. Sentuhan pertama sis kat gambar aleo vera tu. Terasa corak gambarnya timbul. Kemudian corak titisan air juga timbul.
Bila dibuka bahagian dalamnya sis perasan penutup plastik bahagian dalam ada tulisan 'Nature Republic'.
Bau yang segar dan lembut menusuk hidung. Bau asli aleo vera. Terasa cam nak makan je bila hidu bau itu.
Lepas tu sis belek lagi bahagian bawah bekas dan kenal pasti tarikh luput dan juga kandungan di dalam produk tersebut.
Bila dah puas hati barulah sis berani sapu kat lengan mula-mulanya. Adik datang dan beritahu ianya boleh disapu ke kulit wajah juga. Bila sis sapu kat muka sis, wau mula-mula terasa sejuk dan urutan lembut yang dilakukan memang terasa anjal kulit pipi. Sis suka, sis suka kalau camni.
Lepas tu sis sapu kat lengan kiri, leher, paha sampailah kaki. Bau yang memikat dan hasil resapan yang lembut ke kulit membuat sis mula jatuh cinta dengan produk ini.
So, pesan sis kalau susah nak dapatkan aleovera asli, gunalah produk Aleo Vera Soothing Gel dari Nature Republic ini untuk mendapatkan kulit yang cantik. Jom kita guna produk ni pula.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...