Doa & Takziah Untuk Penduduk Kg. Lata Rek yang Dilanda Banjir 22-31 Disember 2014

Tuesday, 12 November 2013

Jawapan pertanyan dari Ika berkaitan Chitosan tablet dan Seena Capsule.


Salam Ika. 
Terima kasih menjengok blog ini.
Pasal Chitosan tu seeloknya di makan samada sebelum atau selepas makan tapi pastikan jarak masa tidak lebih dari 15 minit untuk kesan optima. Bila aje adik rasa nak makan makanan berlemak atau kolestrol tinggi sila ambil 1 pil ini. Boleh ditelan bersama makanan atau selepasnya.
Seena pula seelok di ambil sebelum tidur kerana fungsinya untuk melawaskan dan membersihkan salur penghadaman kita. Tetapi sekiranya adik ada masalah gastrik akak tak galakkan adik ambil sebab seena ini seakan mengikis salur usus kita. Nanti bertambah parah penyakit gastrik tu. Tetapi sekiranya tiada masalah gastrik, seena capsule adalah cara terbaik untuk mencuci salur usus kita. Percaya tak, makanan , minyak yang kita makan mendap di salur usus kita dan sukar untuk dihakis tetapi seena capsule dapat atasinya. Biasanya sehingga keluar berminyak melekit-lekit najis tu. Lepas ambil Seena badan kita akan rasa semakin bertenaga kerana toksin telah disingkirkan dari tubuh kita.
Cubalah.

Monday, 11 November 2013

Coretan Untuk Teman Tersayang

Salam semua,,, Akak tujukan coretan kali ini untuk teman yang bernama Su Suraya dan Ain Nasuha serta Ms Luvella. Harap anda semua terbaca coretan ini. Terima kasih rajin jengok blog akak yang sempoi ini.
Untuk Su, saya ada pesanan sikit pasal penggunaan Aquara Spray tu.
Aquara Essence Spray


Sebelum ini akak juga dimomokkan dengan cara pemakaianAquara Essence Spray tu sebelum menggunakan stick atau foundation. Memanglah bila kita spray kulit wajah kita akan rasa sejuk dan nyaman sekali. Spray dulu baru sapu stick foundation.
Itu cara yang akak praktik masa mula kenal Aquara Spray ni. Tapi lepas akak bersembang dengan seorang mekap artis, dia ajar cara baru yang lebih senang untuk pakai spray, stick foundation serta bedak muka. Akak nak kongsi sekali lagi cara yang akak praktik sekarang ini iaitu akak calit terlebih dahulu stick foundation kat muka dan baru akak spray dengan Aquara Essence Spray ini. Lepas tu akak ratakan calitan stick foundation tadi yang masih basah dengan spray tu menggunakan sponge. Bila rata cuba tengok perubahan pada wajah anda. Boleh dikatakan keserian menyerlah. Lepas tu baru dap-dap dengan bedak. Last spray secara layang sahaja sekali lagi kat muka selepas dah calit semua alat mekap lain...lipstick, maskara ke, eye shadow ker, lip liner ke and blusher tu. Bertujuan untuk membuatkan mekap kita tahan lama. Saya harap Su boleh cuba cara ini dan grenti awak akan berterima kasih pada saya sebab cara ini lebih cepat dan menyerlah pemakaiannya. Jangan lupa untuk cuba dulu ya Su.

Coretan ini juga untuk adik Ain Nasuha serta Ms Luvella maaflah akak cerita sikit pasal muka adik yang berjerawat tu. Akak nak syorkan adik guna 3 sahaja produk giffarine cara akak untuk masalah adik tu. Adik boleh ambil Capsul Grape C-E sebiji setiap malam. Tetapi akak nak pesan sikit jangan terkejut selepas mengambil Pil ini masalah jerawat ini akan menjadi teruk sikit dan mungkin tumbuh lebih banyak serta bagi yang jerawat bernanah ianya mungkin lebih dari biasa yang adik alami. Tapi adik janganlah risau sebab masalah itu untuk seketika sahaja. Semasa permulaan ambik toksin-toksin akan disingkirkan dari badan. Akhirnya masalah itu akan terhenti dan meninggalkan parut lama sahaja.
Selain itu adik juga boleh bersihkan wajah adik dengan Sabun Honey Cleanser atau guna Honey Cream Cleanser yang bertindak membunuh kuman-kuman jerawat. Sabun ini dah namanya honey memanglah diperbuat dari madu sangat sesuai untuk adik. Bagi parut-parut yang masih ada itu adik boleh guna Krim Tafa yang disapu nipis sahaja ke tempat berparut. Tapi akak nak pesan adik janganlah pula guna Set Whitish tu memang tak sesuai dengan muka adik. Nanti makin teruk pula jadinya. Selamat mencuba dik. Ada masalah Whatsapp je dik. Akak cam biasa bersedia menjawab masalah adik.

Sekarang ni Jus Granada laris sangat. Tapi dik rasanya memanglah sedap, jangan ler pula minum sampai segelas sekali gus. Memanglah rasanya asli Delima tapi jangan salahkan akak plak bila sembelit. Akak hanya syorkan 15-30ml je setiap kali minum bukan segelas besar dik. Cara akak jimat. Jangan mare ya dik.

Friday, 8 November 2013

Pengguna Dinasihatkan Untuk Mengelakkan Dari Mengguna Produk Kosmetik yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

Tarikh: 18 Julai 2013 - 2:48pm
Orang awam dinasihatkan untuk mengelakkan daripada membeli dan mengguna produk kosmetik berikut:
Bil. Nama Produk Nombor Notifikasi Racun Berjadual Yang Dikesan Nama Pemegang Notifikasi Nama Pengilang
1. Aveana Night Revival Cream NOT110404581K Tretinoin
Owi Lab (M) Sdn. Bhd.
Owi Lab (M) Sdn. Bhd.
2. Blemished Skin Ampoules NOT110204305K Asid Azelaik Noble Aspect Sdn. Bhd. Noble Aspect Sdn. Bhd.
3. Golden Horse B&W Cream – GH902-1 NOT120905460K Merkuri
Chee Sing (Labuan) Sdn. Bhd.
Chin San Chemical Works, Taiwan

Produk-produk kosmetik di atas telah diuji dan dikesan mengandungi racun berjadual tretinoin, asid azelaik dan merkuri. Oleh itu, produk-produk tersebut tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.
Tretinoin, asid azelaik dan merkuri adalah tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik.
Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan tretinoin biasanya digunakan untuk tujuan merawat masalah jerawat atau memperbaiki keadaan kulit. Produk yang mengandungi tretinoin hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan. Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.
Produk yang mengandungi asid azelaik biasanya digunakan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan rosacea iaitu keadaan kronik di mana muka menjadi merah di kawasan dahi, hidung dan pipi. Produk yang mengandungi asid azelaik hanya boleh digunakan dengan nasihat preofesional kesihatan. Penggunaan asid azelaik tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu mengalami rasa terbakar, pedih dan kemerahan.
Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan merkuri lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit dan rawatan anti penuaan seperti masalah jeragat, kulit tidak sekata dan kedutan adalah tidak dibenarkan dan boleh memudaratkan kesihatan. Merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu. Bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudiannya memasukkan jari-jari mereka ke dalam mulut. Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.
Pihak syarikat yang bertanggungjawab ke atas notifikasi produk berkenaan telah diarahkan untuk memberhentikan penjualan/pembekalan dengan serta merta dan memanggil balik kesemua stok fizikal produk tersebut daripada pasaran dalam tempoh 72 jam.
Sesiapa yang mempunyai stok produk di atas dinasihatkan menghentikan penjualan/pengedaran/ penggunaan produk tersebut dengan serta-merta. Penjual adalah diingatkan pemilikan produk-produk ini melanggar Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.
Pengguna adalah dinasihatkan untuk menghubungi pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) di talian 03-7883 5532/5534 jika mengalami sebarang kesan sampingan atau kesan buruk akibat daripada penggunaan produk-produk kosmetik.
DATO’ EISAH BINTA A.RAHMAN
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia
03 Julai 2013

Lawak Sental di Pagi Hari.

Aquara Essence Spray ?  Hahahha... nak dapatkannya tak susah sangat. Kalau anda berada di Kelantan kat mana-mana stokis berlambak mek. Abih2 tak de kabor je kat orang Rantau Panjang. Dengar cerita Aquara Essence Spray dah naik harga kat Thailand . Dah jadi 196Bhat bersamaan RM19.60 +-.. Tapi mujurlah kat Giffarine Malaysia masih lagi berharga RM18.90 sen.
 Terima kasihlah kat sapa-sapa yang baik hati promote kat akak untuk dapatkan Aquara Essence Spray Giffarine tu. Awak-awak ter... awak ada Gift Club Giffarine ? Saya ada... Awak nak tau camne saya ada ? Hehehe tanyalah orang lain yang ada...

Sunday, 3 November 2013

Facebook Pages Bonda Iskina Biz

Anda bleh berhubungan dengan saya di Fb Bonda Iskina Biz https://www.facebook.com/BondaIskinaBiz
Ada review berkaitan produk dan lain-lain.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...