Doa & Takziah Untuk Penduduk Kg. Lata Rek yang Dilanda Banjir 22-31 Disember 2014

Friday, 26 April 2013

KAFFIRA SHAMPOO

Rambut adalah mahkota wanita. Produk penjagaan rambut Giffarine adalah yang terbaik untuk memenuhi keinginan hampir setiap wanita. Ianya mengurangkan masalah rambut gugur dan dan merangsang pertumbuhan rambut baru menjadikan rambut yang sihat bersinar dari akar hingga ke hujungnya.
Salah satu rangkaian penjagaan rambut dari Giffarine yang top ialah 'Kaffira Shampoo'.Rambut anda lebih lembut dan bersih dengan ‘Cool Formula’  Alamilah kesegaran dan kebersihan rambut selepas bersyampu. Dengan formula yang bernutrisi lengkap untuk kesihatan rambut, rambut anda mula menjadi semakin bersinar dan sihat. Esktak Kaffira dan Triclosan ini boleh mengurangkan kegatalan kulit kepala dan kelemumur yang disebabkan oleh fungus dan bakteria. Gunakan secara berterusan untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Kod : 14106
Harga : RM 16.10 sahaja
Berat bersih : 300 ml

Saturday, 13 April 2013

Jus Giffberry

Untuk Kesihatan dan Penjagaan Mata
Kesihatan yang baik adalah kehendak semua orang dan ianya datang melalui pemakan yang bernutrisi, meminum air bersih dan melakukan senaman yang tetap dan kerap. Namun, dalam kehidupan yang serba moden ini, masa yang terhad menjadikan rutin kesihatan ini sukar diamalkan sepenuhnyan.
Giffarine mempunyai penyelesaiannya, makanan tambahan pada pemakanan anda dengan pelbagai produk bernutrisi memberikan bekalan yang lengkap dan baik untuk kesihatan anda dan keluarga.


Jus Giffberry (campuran bilberi dan beri biru)

Jus Bilberi dan beri biru ini adalah pekatan semulajadi yang dihasilkan melalui proses kawalan mutu yang ketat di mana khasiat nutrisi dan kualiti buah itu dipelihara. Ianya lazat, sihat dan berkhasiat.

Fakta Menarik Mengenai Bilberi dan Beri Biru



  • Bilberi dan beri biru membantu meningkatkan daya penglihatan dan retina mata. Tambahan pula, ianya menguatkan arteri dan mengandungi anti oksida untuk mencegah kanser.
  • Bilberi termasuk dalam kategori Vaccinium Spp atau secara santifiknya digelar Vaccinium Myrtillus yang merupakan kumpulan sama dengan beri biru. Kebanyakkannya dijumpai du Eropah.
  • Bahan paling utama dalam kedua-dua buah ini ialah Anthocyanosides iaitu kategori Flavonoids yang membantu meningkatkan penglihatan dan retina terutamanya di dalam gelap. Ianya memberi kesan yan ghebat kepada pesakit yang mengalami rabun malam
  • Selain itu Anthocyanosides, bahan dalan bilberi boleh menghalang proses anti oksida dalam badan yang merosakkan retina dan menghasilkan rhodopsin yang meruipakan bahan warna yang boleh dijumpai di luar retina dan ia boleh mengurangkan simpton katarak
  •  
    Ciri-Ciri lain tentang Bilberi
  • Menguatkan arteri dan mengurangkan Atherosclerosis yang merupakan penyebab kebanyakan penyakit berkaitan dengan arteri
  • Mengandungi tinggi antioksida yang membantu mengurangkan kadar kerosakan selular dan kemusnahan tulang atau tisu dalam badan
  • Mencegah kanser dengan merangsang ‘apoptosis’
  • Pusat Kajian Rutgers blueberry Kranberry di Chatsworth, New Jersey menemui bahawa beri biru  boleh membantu saluran kencing berfunsi dengan lebih baik kerana ia mencegah bakteria yang menyerang pundi kencing dan menjejaskan sistem salur kencing.

  • Kod : 37317
    Harga : RM 97.00
    Berat Bersih: 700 ml   


  • Friday, 12 April 2013

    Care Clean Freshy


    Kecantikan adalah aset wanita. Dambaan dan keghairahan wanita terutama melibatkan kulit wajah yang menjadi tumpuan utama mata yang memandang. Woit, korang tak nak lawa ke? Akak confirm sangat-sangat para gadis, perempuan, wanita, adik, kakak, puteri, awek, makwe , isteri dan ibu-ibu di luar sana berbohong kalau cakap tak nak cantik. Kulit dan rupa paras wajah dah jaga. Hehehe ada lagi yang korang mesti tak lupa untuk menjaganya. 
    Amacam dengan private part korang? Mesti mantap beb !!! Ha, produk Giffarine untuk bahagian tersebut juga ada tau. Produk Giffarine ni diberi nama 'Care Clean Freshy' , pembersih wanita ini mengandungi menthol. Ianya dapat memberikan anda kebersihan dan kesegaran, supaya bebas daripada bau badan sepanjang hari.

    Cara penggunaan :
     Titiskan sedikit ke atas tapak tangan anda, campur sedikit air untuk kesan buih. Sapukan dengan lembut ke bahagian luaran dan bilas dengan air bersih.

    Tips:
     Disaran menggunakannya setiap kali mandi, siang dan malam terutama ketika haid.

    Sebut pasal produk ni akak ada beberapa cerita best untuk dkongsi bersama. Akak memanglah guna produk ni. Rahsianya adalah rahsia kita bersama. Ada seorang kawan akak cerita suami dia telah tertukar botol syampu dan menyangka 'Care Clean Freshy' ini adalah untuk syampu rambut atas.... Selepas mengguna produk tu sehingga habis sebotol kawan akak pun baliklah dari berkursus selama seminggu dan terkejut juga dia apabila mendapati botol 'Care Clean Freshy' miliknya sudah kosong. Hem..! Ni mesti si cilik yang punya kerja menuangnya. Itu yang difikirkannya. Si suami pula kebetulan hendak mandi beritahu syampu biru sudah habis. Aik...! pelik betul syampu baru aje diguna tadi dan baru dibuka. Biar betul suami aku ni. Detik hati kawan tu. Dia pun segera ke bilik air untuk memeriksa dan menggeleng kepalanya. Kenapalah suaminya tak nampak botol syampu yang masih baru di atas rak barang mandian. 'Kaffira Shampoo' masih penuh botol. Dia mula membebel kat suami sebab tak nampak syampu tu. Si suami tercengang juga.
    " Ler, abang cakap Syampu yang ni dah habis. Semenjak abang guna syampu ni uban kat kepala abang semakin menyusut dan rambut hitam lebih banyak sekarang. Kulit kepala juga tidak gatal lagi."
    ujar si suami sambil menghulurkan bekas 'Care Clean Freshy' yang sudah kosong. Buntang mata kawan tu bila melihat syampu yang suami tunjukkan tu. Gelak sakan hampir terduduk dia melihat botol syampu itu.
    " Encik abang ooi...! Itu syampu untuk rambut bawah bukan rambut kat atas..!"
    "Ya ke?" Si suami tersengih-sengih. 
    "Manalah abang tau tulis 'Care Clean Freshy' aje. Ingat syampu rambut atas. Tapi elok juga syampu ni atasi masalah uban dan kepala gatal. Abang nak terus guna ajelah.."
    Akak macam tak percaya aje dia bercerita masa tu. Bila berlaku kepada akak sendiri baru akak percaya apabila suami sendiri bilang.." Wangilah rambut abang guna syampu Giffarine you tu. Kepala pun tak gatal lagi..." Bila dia tunjukkan botol 'Care Clean Freshy' akak pun terfikir sorang lagi testimoni yang berjaya khasiat lain produk ini.
    Bila bersembang dengan kawan-kawan yang menggunakan produk ini ada yang beritahu 'Care Clean Freshy' ini juga boleh menyembuhkan masalah kuku kaki yang mencengkam isi (Apa istilah yang sesuai ya? - sbaye ...) . Cara gunanya titik sahaja 'Care Clean Freshy' di kuku dan ia boleh mengubati kuku yang bermasalah itu.
    Eh ! Mahal ke harga 'Care Clean Freshy' ni? Tak mahallah dik Non. 

    Harga : RM 19.50
    Isipadu : 240 ml.
    Kod : 11502
    Ada pump.

    Kod isian semula : 11512
    Harga : RM 17.50

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...