Friday 12 April 2013

Care Clean Freshy


Kecantikan adalah aset wanita. Dambaan dan keghairahan wanita terutama melibatkan kulit wajah yang menjadi tumpuan utama mata yang memandang. Woit, korang tak nak lawa ke? Akak confirm sangat-sangat para gadis, perempuan, wanita, adik, kakak, puteri, awek, makwe , isteri dan ibu-ibu di luar sana berbohong kalau cakap tak nak cantik. Kulit dan rupa paras wajah dah jaga. Hehehe ada lagi yang korang mesti tak lupa untuk menjaganya. 
Amacam dengan private part korang? Mesti mantap beb !!! Ha, produk Giffarine untuk bahagian tersebut juga ada tau. Produk Giffarine ni diberi nama 'Care Clean Freshy' , pembersih wanita ini mengandungi menthol. Ianya dapat memberikan anda kebersihan dan kesegaran, supaya bebas daripada bau badan sepanjang hari.

Cara penggunaan :
 Titiskan sedikit ke atas tapak tangan anda, campur sedikit air untuk kesan buih. Sapukan dengan lembut ke bahagian luaran dan bilas dengan air bersih.

Tips:
 Disaran menggunakannya setiap kali mandi, siang dan malam terutama ketika haid.

Sebut pasal produk ni akak ada beberapa cerita best untuk dkongsi bersama. Akak memanglah guna produk ni. Rahsianya adalah rahsia kita bersama. Ada seorang kawan akak cerita suami dia telah tertukar botol syampu dan menyangka 'Care Clean Freshy' ini adalah untuk syampu rambut atas.... Selepas mengguna produk tu sehingga habis sebotol kawan akak pun baliklah dari berkursus selama seminggu dan terkejut juga dia apabila mendapati botol 'Care Clean Freshy' miliknya sudah kosong. Hem..! Ni mesti si cilik yang punya kerja menuangnya. Itu yang difikirkannya. Si suami pula kebetulan hendak mandi beritahu syampu biru sudah habis. Aik...! pelik betul syampu baru aje diguna tadi dan baru dibuka. Biar betul suami aku ni. Detik hati kawan tu. Dia pun segera ke bilik air untuk memeriksa dan menggeleng kepalanya. Kenapalah suaminya tak nampak botol syampu yang masih baru di atas rak barang mandian. 'Kaffira Shampoo' masih penuh botol. Dia mula membebel kat suami sebab tak nampak syampu tu. Si suami tercengang juga.
" Ler, abang cakap Syampu yang ni dah habis. Semenjak abang guna syampu ni uban kat kepala abang semakin menyusut dan rambut hitam lebih banyak sekarang. Kulit kepala juga tidak gatal lagi."
ujar si suami sambil menghulurkan bekas 'Care Clean Freshy' yang sudah kosong. Buntang mata kawan tu bila melihat syampu yang suami tunjukkan tu. Gelak sakan hampir terduduk dia melihat botol syampu itu.
" Encik abang ooi...! Itu syampu untuk rambut bawah bukan rambut kat atas..!"
"Ya ke?" Si suami tersengih-sengih. 
"Manalah abang tau tulis 'Care Clean Freshy' aje. Ingat syampu rambut atas. Tapi elok juga syampu ni atasi masalah uban dan kepala gatal. Abang nak terus guna ajelah.."
Akak macam tak percaya aje dia bercerita masa tu. Bila berlaku kepada akak sendiri baru akak percaya apabila suami sendiri bilang.." Wangilah rambut abang guna syampu Giffarine you tu. Kepala pun tak gatal lagi..." Bila dia tunjukkan botol 'Care Clean Freshy' akak pun terfikir sorang lagi testimoni yang berjaya khasiat lain produk ini.
Bila bersembang dengan kawan-kawan yang menggunakan produk ini ada yang beritahu 'Care Clean Freshy' ini juga boleh menyembuhkan masalah kuku kaki yang mencengkam isi (Apa istilah yang sesuai ya? - sbaye ...) . Cara gunanya titik sahaja 'Care Clean Freshy' di kuku dan ia boleh mengubati kuku yang bermasalah itu.
Eh ! Mahal ke harga 'Care Clean Freshy' ni? Tak mahallah dik Non. 

Harga : RM 19.50
Isipadu : 240 ml.
Kod : 11502
Ada pump.

Kod isian semula : 11512
Harga : RM 17.50

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...