Doa & Takziah Untuk Penduduk Kg. Lata Rek yang Dilanda Banjir 22-31 Disember 2014

Friday, 20 April 2012

Nak Cuba Barang Giffraine?


Untuk semua yang berminat nak beli barangan Giffarine dengan saya secara online bleh contact saya kat email ini: put3bulan@gmail.com Harga adalah tidak termasuk kos pos RM5 sahaja.

Jenguk Ke Nursery Tyra Iskina

Sekarang ni Nursery ini masih belum beroperasi sepenuhnya.Pemulihan pokok tanaman giat dijalankan semenjak kecundang seketika selepas banjir. Semasa musim tengkujuh lepas banyak benih pokok bunga yang mati dan layu di hujung mekar dek air hujan yang menimpa sepanjang 2 bulan lebih.
Di antara beberapa jenis dan warna bunga raya yang ada di Nurseri kami

Buat masa ini juga proses pemulihan mengambil masa juga terutama bagi pokok-pokok yang berbunga di mana kebanyakan masih belum berbunga dengan sepenuhnya. Ketika ini terdapat beberapa spesis pokok bunga samada jenis yang berbunga atau berdaun sahaja dan ada yang unik serta tiada di tempat lain. Harganya juga murah dan berpatutan untuk peminat-peminat bunga.
Senarai Pokok Bunga / Berdaun / Pokok Buah yang ada
  1. Bunga Raya
  2. Bunga Ros
  3. Keladi / Alocasia / Caladium/Dieffenbachia/Aglaonema/Anthurium/Spathipyllum
  4. Calathea
  5. Dracaena
  6. Palma - Livistona chinensis
  7. Duranta
  8. Ixora
  9. Coleus Blumei (Bunga ati-ati)
  10. Colevs amboinicus
  11. Aleovera
  12. Senduduk
  13. Kemboja
  14. Misai Kucing
  15. Hydrangea (Bunga Tiga Bulan
  16. dan banyak lagi..
  Untuk keterangan lanjut bolehlah datang ke Nursery yang terletak di Kg. Bawah Lata, Lata Rek, Kuala Krai, Kelantan,
 




Crystalline Foundation Stick


Sekarang saya nak ceritakan pasal stick foundation ni plak.Adik saya suka menggunakannya kerana muka dia ni  jenis berminyak. Menjak guna stick foundation ni bila dah lepas 3-4 jam foundation still kemas.Muka tak berminyak  lansung tau...nice la...Adik saya pakai nipis jer,mcm yg tertulis kat kotaknyer tu,suh pakai nipis2 dan ianya menjimatkan juga.  

Harga : RM30.00
Berat Bersih: 8.6gm
Bedak asas crystalline ini mampu menyamarkan noda-noda hitam pada kulit wajah. Solekan anda akan tahan lebih lama serta mudah digunakan.
*mempunyai 7 warna pilihan

*sesuai untuk SEMUA JENIS KULIT

*mudah dibawa ke mana-mana & mudah diratakan ke seluruh muka


*FS-31 = Utk kulit kuning langsat

*FS-32 = Untuk kulit cerah wanita Melayu
*FS-33 = Untuk kulit sawa matang
*FS-34 = Untuk kulit gelap
*FS-35 = Untuk shading di bahagian hidung & pipi
*FS-36 = Untuk highlight
*FS-37 = Untuk shading kulit cerah

CRYSTALLINE MAKEUP SET 12901 06


Crystalline Make-Up Set
 
Berat bersih 58gm
Harga RM 131.00
 
Set make up yang lengkap dengan 3 pilihan bedak yang bertekstur halus, 25 pilihan warna yang menarik bagi menyerlahkan keserian kelopak mata dan 3 pilihan warna lembut bagi pemerah pipi. Padat dan senang dibawa ke mana sahaja anda berada dan gunakan seperti yang anda impikan.

Light Make-up Foundation

Light Make-up Foundation RM20.90sen

Bedak halus ini dirumus khas untuk kulit berminyak. Dengan bahan penyerap minyak, ianya mengurangkan kulit berminyak dan menambahkan keserian wajah anda.Cara terbaik untuk meminimakan garisan pada wajah anda. Krim yang lembut ini menyerap pantas untuk kesan yang semulajadi. Vitamin E menjadikan kulit sentiasa lembut, halus dan lembap. Sesuai untuk semua jenis kulit.
Harga RM20.90
Berat Bersih : 14 grams
Cara guna:
Sapukan sedikit bedak pada span, oleskan dengan rata pada wajah dan leher.
Aku suka sangat pakai krim ni. Teksturnya memang lembut dan meresap ke kulit dengan menyerlahnya. Anda pasti bersetuju dengan pendapat saya ini sekiranya anda guna sendiri. Krim ini aku bleh bertahan sehingga  lebih daripada 6 bulan penggunaanya sebelum aku beli pack baru.

Aquara Essence Spray

Semburan mineral dengan campuran kompleks dan ekstrak bunga lili ini membantu menyeimbangkan kulit, menggurangkan kesan dedahan kulit anda pada pencemaran sekeliling dan matahari. Ianya memberikan kelembutan dan kebersihan pada kulit serta menambahkan kelembapan supaya anda terasa segar dan bersih sepanjang hari. 
Kod :10602-06
 
Kali pertama diperkenalkan dengan produk ini penyakit was-was itu masih ada. Aku tak yakin sangat apa kebenda fungsi spray ni sebab bagi aku guna ajelah bedak kalau nak cantikkan muka. Tapi aku guna juga sebab orang lain dah ramai mula bercerita pasal kehebatannya. 
Mula-mula guna nak nangis rasa spray masuk mata. Cepat-cepat ambil tisu lap mata. Lepas tu aku terus tempek bedak. Ishh tak sabar sungguh aku ini sebab aku tak rasa apa-apa pun masa tu. Lepas tu aku pergi kerja.
Petang aku keluar pergi rumah adik iparku. Gara-gara bonda aku dah menunggu lama maka aku pun nak cepat lepas mandi terus aku spray 'Aquara Essence Spray' ni kat muka. Sementara tunggu kering aku pun pakailah baju dan sapu losyen sikit kat badan. Nak dijadikan cerita, aku terus keluar ikut bonda lupa dah nak tempek bedak ngn lipstik macam biasa. Masa atas kereta baru aku perasan aku tak bermekap. Dah jauh 30km lebih dah perjalanan ni mustahil nak pusing balik rumah untuk mekap. Aku pun teruskan juga perjalanan dengan rasa hati yang sedikit terkilan.
Masa singgah kat Stesyen Minyak aku tak turun sebaliknya mintak tolong adik pergi kat kaunter buat pembayaran . Sebab aku rasa malu wajahku yang pucat tanpa mekap.
Masa singgah kat KFC aku tak keluar dari kereta juga almaklumlah masih segan dengan wajah tanpa mekap. Namun nak dijadikan cerita adik aku yang tinggal kat Melaka telefon. Aku kena contact dia balik tapi credit telefon plak tinggal sen-sen je. Adik-adik aku yang lain masih kat dalam KFC maka dengan rasa stress 75dgree aku keluar juga ke 7E yang berdekatan untuk membeli top up. Masa nak buat pembayaran tu, adik yang jaga kaunter tu tenung aku semacam je. Hati aku pun berdetak. Ni tentu dia pun stress sama tengok wajah aku yang pucat. Tapi tenungannya itu macam adik something wrong yang menarik kat pipi aku. Lepas bayar aku cepat-cepat blah dari situ. Sambil-sambil tu aku pun buat-buat tutup muka ngn tangan malu kononnya. Eh! Biar betul.. Aku sentuh sekali lagi pipi aku. Tak puas hati juga aku gosok lagi kuat. Oh..!!! Benarkah ini. Cepat-cepat aku berlari ke dalam kereta. Benda pertama yang aku selongkar ialah cermin kecil yang terselit kat tempat sebelah pemandu. Aku terpegun seketika melihat wajahku. Kus semangat aku seketika. Then aku tersandar kat kusyen kereta melepaskan lelah yang berbuku di dada.
Masa adik-adik ngn bonda aku masuk kereta aku masih dalam debaran. Kami meneruskan perjalanan ke rumah adik iparku.
Sesampai aje kat rumahnya dia sedang memasak kat dapur. Aku terus masuk lam rumah dan mula nak mengadap cermin. Adik ipar aku muncul di tangga terus tegur aku dan salam tangan aku.
"Kaklong, comey muka kaklong. Nampak pink kaler."
Ya.. aku rasa nak menjerit kuat-kuat masa tu.
"Kaklong pakai apa hari ni?"
"Jangan nak sindir kaklong,"
"Betul kaklong nampak pink cantik.."
Yahoo..
Semenjak hari itu aku juga rasa tak kisah dah nak keluar rumah tanpa mekap pun. Kulit wajahku masih lembut dan licin. Rasa menyegarkan kulit wajah. Apa yang paling best rasa sejuk walaupun berada di bawah cahaya matahari yang teruk. Kulit juga terasa gebu, bersih, lembab dan segar sepanjang hari. Saya biasa pakai spray ni sebelum pakai krim dan bedak. Ianya nampak ketara. Kulit wajah cantik asli tidak seperti kulit wajah sesetengah orang yang guna produk jenama lain kulit mereka nampak cantik tapi nipis sampaikan macam transferan plak. So, anda bagaimana? Saya dah mencubanya anda bila lagi.



Aku dan Giffarine


Aku mula mengenali barangan Giffarine pada tahun 2002. Semasa itu sepupu aku yang baru berkahwin telah diperkenalkan dengan produk Giffarine oleh Pak andamnya. Lepas tu sepupu aku pun promote kat aku untuk mengguna bedak - Compact Foundation Oil Control. Masa tu harganya sekitar RM20 sahaja. Pak Andam tu ambil barang dari Thailand. Masa tu juga aku tak berapa berani nak guna barang seperti makanan atau produk kesihatan maklumlah dah nama barangan dari  Thailand dan aku was-was dengan kehalalannya. Jadi setialah aku dengan Compact Foundation Oil Control tu sehingga tahun 2009.

Compact Foundation Oil-Control
Inilah barangan pertama jenama Giffarine yang aku kenali tahun 2002
Bedak halus ini dirumus khas untuk kulit berminyak. Dengan bahan penyerap minyak, ianya mengurangkan kulit berminyak dan menambahkan keserian wajah anda.

Cara guna:
Sapukan sedikit bedak pada span, oleskan dengan rata pada wajah dan leher. Boleh diguna sama ada dengan air / tanpa air.
Harga RM 31.30 sen
Refill RM 20.00


Bedak ini ada 4 warna pilihan. Aku biasa guna  CO-1 dan CO-2.  Adik aku pula pula oleh kerana kulitnya agak gelap dia mengguna CO-3 dan kadang-kadang CO-4. Bedak ini kekerapan aku guna 2x sehari dan ianya boleh bertahan sehingga 6 bulan ke atas. Penggunaan bedak ini bagi aku amat berbaloi. Pertama kali guna memanglah naik biji-biji kecil tapi aku teruskan juga.
Sekarang ni setelah hampir 10 tahun setia dengan produk ini kulit wajahku nampak natural dan tidak seperti sesetengah kosmetik lain muka kita akan nampak bercapuk bedak tidak serata terutama bila berpeluh. Tapi dengan bedak ini aku lebih yakin walaupun sehingga ke petang memakainya (Bila cuti org ppuan daa..)  kerana aku tidak perlu risau mekapku cair.. 
Kulit muka juga tidak nampak berminyak dan sememangnya mereka yang berada bersamaku kerap kali menegur wajahku yang kelihatan natural walaupun di tengah panas. "Pakai produk apa ya, wajah awak nampak asli.."
Sekiranya bedak sudah habis, aku kadang-kadang beli yang isian semula sahaja. Harganya memang murah RM20.00 sahaja tapi hasilnya memang berbaloi. Kalau tak nak tau betul atau tidak kata-kata aku ini, cubalah dan anda pasti setuju dengan bicaraku ini. Bukan sekadar omongan kosong penyedap bicara .. Ianya memang berbaloi..

Thursday, 19 April 2012

Sesekali Aku Bercanda

Sesekali aku ingin berbicara.
Meluahkan kelukaan ini
Mencari sinar keceriaan
Melemparkan kealpaan
Berikan aku waktunya
Agar aku tidak keterlewatan

Sesekali aku bercanda
Pada hembusan bayu pilu
Berikan aku cahaya
Agar aku bisa bangkit sekali ini
Kerna ini waktunya
Sesekali aku bercanda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...