Friday 20 April 2012

Aku dan Giffarine


Aku mula mengenali barangan Giffarine pada tahun 2002. Semasa itu sepupu aku yang baru berkahwin telah diperkenalkan dengan produk Giffarine oleh Pak andamnya. Lepas tu sepupu aku pun promote kat aku untuk mengguna bedak - Compact Foundation Oil Control. Masa tu harganya sekitar RM20 sahaja. Pak Andam tu ambil barang dari Thailand. Masa tu juga aku tak berapa berani nak guna barang seperti makanan atau produk kesihatan maklumlah dah nama barangan dari  Thailand dan aku was-was dengan kehalalannya. Jadi setialah aku dengan Compact Foundation Oil Control tu sehingga tahun 2009.

Compact Foundation Oil-Control
Inilah barangan pertama jenama Giffarine yang aku kenali tahun 2002
Bedak halus ini dirumus khas untuk kulit berminyak. Dengan bahan penyerap minyak, ianya mengurangkan kulit berminyak dan menambahkan keserian wajah anda.

Cara guna:
Sapukan sedikit bedak pada span, oleskan dengan rata pada wajah dan leher. Boleh diguna sama ada dengan air / tanpa air.
Harga RM 31.30 sen
Refill RM 20.00


Bedak ini ada 4 warna pilihan. Aku biasa guna  CO-1 dan CO-2.  Adik aku pula pula oleh kerana kulitnya agak gelap dia mengguna CO-3 dan kadang-kadang CO-4. Bedak ini kekerapan aku guna 2x sehari dan ianya boleh bertahan sehingga 6 bulan ke atas. Penggunaan bedak ini bagi aku amat berbaloi. Pertama kali guna memanglah naik biji-biji kecil tapi aku teruskan juga.
Sekarang ni setelah hampir 10 tahun setia dengan produk ini kulit wajahku nampak natural dan tidak seperti sesetengah kosmetik lain muka kita akan nampak bercapuk bedak tidak serata terutama bila berpeluh. Tapi dengan bedak ini aku lebih yakin walaupun sehingga ke petang memakainya (Bila cuti org ppuan daa..)  kerana aku tidak perlu risau mekapku cair.. 
Kulit muka juga tidak nampak berminyak dan sememangnya mereka yang berada bersamaku kerap kali menegur wajahku yang kelihatan natural walaupun di tengah panas. "Pakai produk apa ya, wajah awak nampak asli.."
Sekiranya bedak sudah habis, aku kadang-kadang beli yang isian semula sahaja. Harganya memang murah RM20.00 sahaja tapi hasilnya memang berbaloi. Kalau tak nak tau betul atau tidak kata-kata aku ini, cubalah dan anda pasti setuju dengan bicaraku ini. Bukan sekadar omongan kosong penyedap bicara .. Ianya memang berbaloi..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...