Monday 11 November 2013

Coretan Untuk Teman Tersayang

Salam semua,,, Akak tujukan coretan kali ini untuk teman yang bernama Su Suraya dan Ain Nasuha serta Ms Luvella. Harap anda semua terbaca coretan ini. Terima kasih rajin jengok blog akak yang sempoi ini.
Untuk Su, saya ada pesanan sikit pasal penggunaan Aquara Spray tu.
Aquara Essence Spray


Sebelum ini akak juga dimomokkan dengan cara pemakaianAquara Essence Spray tu sebelum menggunakan stick atau foundation. Memanglah bila kita spray kulit wajah kita akan rasa sejuk dan nyaman sekali. Spray dulu baru sapu stick foundation.
Itu cara yang akak praktik masa mula kenal Aquara Spray ni. Tapi lepas akak bersembang dengan seorang mekap artis, dia ajar cara baru yang lebih senang untuk pakai spray, stick foundation serta bedak muka. Akak nak kongsi sekali lagi cara yang akak praktik sekarang ini iaitu akak calit terlebih dahulu stick foundation kat muka dan baru akak spray dengan Aquara Essence Spray ini. Lepas tu akak ratakan calitan stick foundation tadi yang masih basah dengan spray tu menggunakan sponge. Bila rata cuba tengok perubahan pada wajah anda. Boleh dikatakan keserian menyerlah. Lepas tu baru dap-dap dengan bedak. Last spray secara layang sahaja sekali lagi kat muka selepas dah calit semua alat mekap lain...lipstick, maskara ke, eye shadow ker, lip liner ke and blusher tu. Bertujuan untuk membuatkan mekap kita tahan lama. Saya harap Su boleh cuba cara ini dan grenti awak akan berterima kasih pada saya sebab cara ini lebih cepat dan menyerlah pemakaiannya. Jangan lupa untuk cuba dulu ya Su.

Coretan ini juga untuk adik Ain Nasuha serta Ms Luvella maaflah akak cerita sikit pasal muka adik yang berjerawat tu. Akak nak syorkan adik guna 3 sahaja produk giffarine cara akak untuk masalah adik tu. Adik boleh ambil Capsul Grape C-E sebiji setiap malam. Tetapi akak nak pesan sikit jangan terkejut selepas mengambil Pil ini masalah jerawat ini akan menjadi teruk sikit dan mungkin tumbuh lebih banyak serta bagi yang jerawat bernanah ianya mungkin lebih dari biasa yang adik alami. Tapi adik janganlah risau sebab masalah itu untuk seketika sahaja. Semasa permulaan ambik toksin-toksin akan disingkirkan dari badan. Akhirnya masalah itu akan terhenti dan meninggalkan parut lama sahaja.
Selain itu adik juga boleh bersihkan wajah adik dengan Sabun Honey Cleanser atau guna Honey Cream Cleanser yang bertindak membunuh kuman-kuman jerawat. Sabun ini dah namanya honey memanglah diperbuat dari madu sangat sesuai untuk adik. Bagi parut-parut yang masih ada itu adik boleh guna Krim Tafa yang disapu nipis sahaja ke tempat berparut. Tapi akak nak pesan adik janganlah pula guna Set Whitish tu memang tak sesuai dengan muka adik. Nanti makin teruk pula jadinya. Selamat mencuba dik. Ada masalah Whatsapp je dik. Akak cam biasa bersedia menjawab masalah adik.

Sekarang ni Jus Granada laris sangat. Tapi dik rasanya memanglah sedap, jangan ler pula minum sampai segelas sekali gus. Memanglah rasanya asli Delima tapi jangan salahkan akak plak bila sembelit. Akak hanya syorkan 15-30ml je setiap kali minum bukan segelas besar dik. Cara akak jimat. Jangan mare ya dik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...