Saturday 18 May 2013

Jus Prunus (Plum)

Credit to my friend Izan Ismail
Jus Prunus diperbuat daripada buah plum yang telah dikeringkan, ianya mempunyai pelbagai jenis nutrisi penting untuk badan.Buah ini telah lama dikenali dan digunakan oleh orang Eropah dan Amerika Utara. Plum boleh dimakan segar, dikeringkan dan diekstrak untuk dijadikan jus dan juga sebagai bahan dalam masakan. Kebelakangan ini, ramai rakyat Asia mula menunjukkan minat  pada buah plum setelah menyedari ianya kaya dengan pelbagai khasiat yang berguna untuk tubuh kita.

Unsur unsur khasiat dalam estrak Jus Buah Prun (Plum)

1.Vitamin B2 ( Riboflavin) -
Ia membekalkan Haemafacient (Sel darah merah). Ia juga membantu proses penghasilan dan pertumbuhan sel yang merupakan bahagian yang penting untuk penglihatan, kulit, kuku dan penjagaan rambut. 

Vitamin C ( Asid Ascarbic) -
Anti-Oksida adalah unsur istimewa untuk menghalang pemusnahan dan kemerosotan selular, yang merupakan penyebab kanser. Vitamin C adalah salah satu sumber Anti-Oksida. Buah Plum kaya dengan Vitamin C yang membantu mencegah bakteria dan menghasilkan sel darah merah. 

3. Vitamin E 
Ia juga sumber Anti-Oksida yang mencegah reaksi Oksida tidak lengkap dalam badan, melancarkan perjalanan darah dan memanjangkan hayat sel darah merah. Ia melembutkan kulit dan meningkatkan daya penglihatan. 

4.Kalsium
 Ia membantu menguatkan tulang dan gigi, mengekalkan kadar denyutan jantung yang normal dan menstabil sistem saraf. Zat besi merupakan unsur penting dalam penghasilan Hemoglobin dalam sel darah merah. 100gm Plum kering mengandungi 2.78mg zat Besi. Ternyata,plum kaya dengan sumber Zat Besi. 

Manafaat Buah Plum
Ia mengandungi jalinan makanan berfiber

Notis dalam penggunaan Jus Plum
Bagi pesakit tahap akhir kegagalan Buah Pinggang, jus ini tidak boleh diambil kerana ia mengandungi Pottasium yang tinggi. Walaubagaimanapun, jus ini tidak memberikan kesan sampingan terhadap pengguna biasa walaupun diambil kerap, sebaliknya menjadikan mereka bertambah sihat. Jus ini merupakan perawat sembelit semulajadi, seseorang tidak perlu mengambilnya dalam kuantiti yang banyak supaya tidak mengalami cirit-birit.
Adalah disarankan bahawa, penggunaan seharian tidak melebihi 15-30 cc.
Jus Plum adalah minuman yang berkhasiat kerana kandungan serat, vitamin dan mineral yang tinggi. Ia juga mengandungi banyak Anti-Oksida dan minuman yang menyelerakan.
Tambahan pula, ia boleh digunakan sebagai ubat semulajadi dalam melegakan sembelit walaupun pada kanak-kanak. Buah ini telah dikenali di serata dunia. Ia merupakan jus buah yang menarik dan menyihatkan.

Kod: 37318
Berat Bersih : 700ml
Harga : RM 88.40

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...