Friday 24 August 2012

Cantik Tak Tudung Raya Aku

Hehehe.. Raya masih terasa.  Aku nak berkongsi pasal tudung raya sikit. Aku beli sehelai tudung ala-ala tudung Siti Nurhaliza dengan harga murah aje iaitu RM60.00 sehelai. Teman aku dari Jerantut pula memberi tahu dia membeli jenis tudung yang sama dengan harga RM79.90 sen. Beza RM19.90 gak tu.
 Masa belek kat kedai tu aku rasa aku boleh buat sendiri neh lekatkan batu-batu yang melilit kat tudung tu.. Maka aku pun pergilah jengok kat kedai lain pula bercadang nak beli batu-batu aje.. maka aku berpatah balik semula ke kedai tadi dan sambar tudung tu semula sebab harga batu-batu tu 3 biji RM2.90 sen... Alahai menyamai harga tudung kat Jerantut tu kalau aku nak buat sendiri. Baik beli yang dah siap. Maka petang itu aku ambik sehelai sahaja untuk percubaan.
Dipendekkan cerita bergaya sakanlah aku dengan tudung tu pada hari raya. Ramai gak yang tumpang belek-belek tudung tu sebab selesa gak pakai takdelah jatuh meleret sebab batu-batu tu berat agaknya maka tudung tu elok je di kepala aku.
Cuba tengok cute tak anak dara aku pakai tudung ni.. sebenarnya tudung aku sendiri.
 Cuba tengok model cilik pakai tudung ni comelkan...
 Sapa-sapa yang berkenan tudung ni boleh sms aku ya. Aku tolong beli aje. Kalau beli dengan barang Giffarine bleh sekalikan lagi jimat kos pos.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...