Hari Raya
Eidul Fitri sudah masuk hari ke-5. Suasana raya masih terasa. Sempena cuti raya
ni banyak juga majlis dan undangan yang diterima. Disebabkan aku bukan bekerja
sebagai cikgu sekolah maka pada hari raya ke-3 aku sudah tercongak di pejabatku
meneruskan kerja seperti biasa.
Musim raya
ini undangan majlis perkahwinan boleh dikatakan sekurang-kurang 3 undangan
setiap hari kuterima sehingga hari ini. Disebabkan hari ini aku juga bercuti
aku bercadang untuk menghadiri majlis itu pada waktu petang.
Melihat air
paip yang keluar dari pili air pagi ini aku jadi malas untuk meneruskan niat
untuk mambasuh baju terutama pakaian yang berwarna putih. Aku rasa tidak puas
hati juga dengan warna air paip yang keruh itu. Terpaksalah aku batalkan untuk
membuat kerja melibatkan penggunaan air.
Lupakan
seketika pasal air paip.
Aku ingin
berkongsi pasal barang hantaran perkahwinan atau bertunang pula. Barang jenama
Giffarine semakin mendapat tempat di hati pengguna sekarang ini. Aku juga
mendapat beberapa permintaan dari kenalan yang akan dan melangsungkan
perkahwinan atau pertunangan untuk menjadikan produk Giffarine sebagai salah
satu set barang hantaran.
Di sini aku
hanya berkesempatan mengambil dua keping
sahaja gambar produk Giffarine yang hendak digunakan sebagai barang hantaran.
Disebabkan
kedua pengantin adalah pengantin remaja dan jarang bermekap aku mengesyorkan
pengguna set mekap yang simple sahaja.
Contoh set
1 yang mengandungi :
- Aquara Essence Spray. Kod : 10602-06 RM18.90
- Crystalline Foundation Stick . Kod: 12831-06 RM30.00
- Giffarine Compact Foundation Kod: 12402-06 (C2) RM31.30
- Crystalline Lip Colour Kod: 12015 (L15) RM22.50
- Care Clean Freshy Kod: 11502-06 RM19.50
Jumlah Hanya : RM 122.20 sen sahaja.
Manakala
set ke-2 untuk Majlis Pertunangan pula menggunakan set yang ringkas juga.
2. Crystalline Foundation Stick . Kod: 12832-06 RM30.00
3. Translucent Loose Powder Kod: 12712-06 (Y3) RM36.80
4. Sis Magic Lip Kod: 20921-06 (Strawberry) RM 11.50
5. Honey Fresh Kod: 16401-06 RM 11.90
Jumlah : RM109.10 sen
No comments:
Post a Comment