Monday 30 July 2012

SIS MAGIC LIP GIFFARINE

Pelembab atau listick yang aku gemari. Warna bekasnya pink dan putih. Sangat menarik dan lipsticknya berwarna putih bersih tetapi apabila disapu ke bibir warnaya bertukar menjadi 'mild pink'.Ia berupaya meneutralkan warna bibir kita apabila menggunakannya. Kelembutan lipstick dan krim tanpa gris , ditambah dengan pelembab membuatkan bibir kita kelihatan lebih licin dan sihat.
Semanjak mengenali lipstick ini aku menggunakannya apabila aku rasa malas untuk bermekap tebal. Bibirku pasti akan ditegur kelihatan menarik dan warna pink neutral sehingga mereka tertanya lipstick apa yang aku dan apabila kuberitahu ianya jenama Giffarine. Mahal ke? Tak lah hanya RM11.50 sebatang dan aku boleh tahan sehingga 6 bulan lamanya maklumlah aku tak makan lipstick tapi hanya menyapu lipstick kat bibir. Harganya murah aje kan dan pasti ramai yang mampu beli dengan harga sebegitu. Selain itu warna bibirku juga tidak lebam / kebiruan seperti sesetengah lipstik jenama lain. Nampak ketara bila tidak pakai lipstick. Bila dah guna anda pasti akan setia bersamanya. Boleh selit celah poket seluar jeans sebab ianya sebesar jari manisku sahaja. Jadi boleh pakai di mana-mana sahaja. Tak perlu risau bibir comot lagi.

Harga : RM11.50
Berat Bersih: 2g
Kod : 20921-6 (Strawberry)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...