Friday 8 June 2012

Bio White, Miracle Fluid Scalp Nutrient dan Ubat Gigi Bio Herbal Premium - Whitening Toothpaste

1. Bio White
Barang Giffarine yang akan aku kongsi cerita kali ini ialah Bio White pula. Muka aku tidak bermasalah dengan jeragat atau black or white spot. Tapi ramai teman-teman dan kenalanku yang mempunyai masalah ini. Aku telah bertanya kepada Kak Na ejen Giffarine aku dan dia syorkan cream yang sesuai. Beberapa orang telah mencuba krim Bio White dan Tafa Cream. Alhamdulillah mereka telah memberi respon yang mengembirakan. Penggunaan yang betul dan tidak sampai dua minggu masalah mereka nampak ada perubahan. Mereka juga sudah order baru dengan aku.

Bio White
Harga: RM 11.50
 Kegunaan: Membantu mencerah dan membersihkan kulit kusam, dirumuskan dari khasiat herba semulajadi. Bio-Complex bertindak 'menjernihkan' semula kulit berpigmentasi, noda-noda hitam dan parut jerawat dengan semulajadinya seperti yang anda idamkan.


Cara Penggunaan:
Sapukan secara menipis pada kulit berpigmentasi dan berparut.


2.'Miracle fluid Scalp Nutrient'
Aku menghadapi masalah dengan rambut dan kulit kepala yang gatal dan rambut tidak bermaya. Aku sebelum ni biasa guna Shampoo Head & Shoulder. Boleh dikatakan setiap hari aku bersyampu rambut. setiap pagi sebelum pergi kerja aku juga wajib basahkan rambut. Jika aku tidak berbuat demikian , belum pukul 10.00 pagi kepala sudah berdenyut sakit. Oleh itu seawal 5.30pagi kepala dah basah bersyampu. Sekiranya aku tidak bersyampu dua atau tiga hari jenuh tangan mula hendak menggaru terutama bahagian dekat kolar belakang leher.
Sambil membelek buku katalog Giffarine aku terpandang 'Miracle fluid Scalp Nutrient' . Aku pun order dan cuba guna. Aku menggunanya setiap hari dan tidak perlu bilas. Menakjubkan kerana tidak sampai 2 minggu masalah yang aku hadapi di atasi sepenuhnya. Rupanya rambut aku ni kurang nutrient.. hahaha..

'Miracle fluid Scalp Nutrient'
Harga: RM35.00
Kegunaan:
Rawatan kulit kepala yang bebas alkohol. Gabungan ekstrak delima dan Spirulina membantu menjaga kesihatan kulit kepala dan menjadikan rambut lebih cantik bersinar.
Cara Penggunaan:
Sapu di kulit kepala dan urut lembut. Tidak perlu bilas. Penggunaan setiap hari digalakkan.



3. Bio Herbal Premium - Whitening Toothpaste
Harga: RM 36.93
Sekarang ni saya telah bertukar menggunakan ubat gigi jenama Giffarine pula. Sebelum ini saya setia dengan jenama Colgate Total tapi semenjak menjadi dealer Giffarine ini saya berpaling tadah. Saya baru seminggu mengguna ubat gigi ini. Perkara pertama yang saya perasan ialah ubat gigi ni bila kita letak di berus gigi ia tidak mudah jatuh meleleh macam ubat gigi lain. Ia juga agak pekat dan saya hanya guna sedikit sahaja sebesar biji kacang diletak ke atas berus gigi. Semenjak mengguna ubat gigi ini saya suka bermain lidah di gigi sebab terasa selesa dan licin selepas menggosok gigi.  
Ubat gigi ini disediakan dengan formula diperbaharui yang membantu memutihkan gigi, menjadikan nafas segar sentiasa, menghalang kaviti dan mengekalkan kesihatan mulut. Mengandungi oksigen Aktif dan 15 herba terpilih yang membantu mengurangkan kaviti dan pernafasan kurang segar. Berupaya memutihkan gigi tanpa merosakkan permukaan gigi. Mengandungi Stay-C yang menjadikan gusi kuat dan sihat, Xylitol sejenis gula yang menghalang pertumbuhan bakteria. Manakala fluorida membantu menghalang kaviti.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...