Selamat Tahun Baru 2013 Masehi. Azam tahun baru? Aku malas nak kongsi dengan semua orang azam aku untuk tahun baru ini. Biarlah ianya menjadi rahsia aku sahaja... ( Sebab azam aku tahun lepas 2012 masih banyak belum tercapai).. Rasanya nak sambung azam yang lepas.
Tetapi rasanya untuk azam tahun ini aku kena lebih gigih lagi sebab tahun ini aku mula sambung belajar untuk mencapai cita-citaku. Biarlah bagi setengah orang mungkin dah terlewat tetapi bagiku masih ada peluang untuk aku mengapai cita-citaku.
Aku tak nak bercerita perihal diriku secara personal tetapi aku ingin berkongsi cerita berkaitan produk yang aku guna ini. Semalam 2hb Januari 2013 tepat pukul 7.57pagi aku menerima email dari seseorang gadis bertanyakan pasal Giffarine punya lip treatment. Baru aku perasan aku belum lagi intro pasal Lip treatment ini rupanya. Maaf ye..
Di dalam rangkaian barangan Giffarine memang ada produk untuk rawatan bibir dengan penyelesaian masalah yang bersesuain dan boleh dipercayai keberkesanannya dan harganya murah.
1. Giffarine Lip Treatment
Merupakan satu inovasi produk penjagaan bibir dengan formula 'triple-action'. Produk penjagaan bibir untuk melembabkan bibir yang kering dan merkah, memastikan kilauan gincu berkekalan serta mengembalikan warna bibir kepada merah jambu secara semula jadi disebabkan oleh merokok atau penggunaan gincu dan bahan kimia yang kerap. Ianya juga tidak melekit dan cepat meresap serta rasa best sangat bibir selepas menggunakannya.
Arahan:
Sapukan pada bibir anda sebelum menggunakan gincu dan sebelum tidur.
Kod: 12102-06
Berat Bersih: 15 g
NOT120103750K
Harga: RM27.60
2. Pattrena Aromatic Lip Balm
Lip Balm yang lembut yang memberi kelembapan kepada bibir mengandungi Vitamin E dan bauan ekstrak Plumeria.
Menjadikan bibir sihat dan bermaya sepanjang hari walaupun tanpa memakai lipstick.
Arahan Penggunaan:
Sapukan aromatic lip balm sebelum memakai lipstick dan memakainya sebelum masuk tidur.
Kod: 12109
Berat: 2 g
Harga : RM 42.50
3. Crystalline Lip Gloss
Bebas warna, pelembab bibir ini akan menghasilkan keserian dan kilauan semulajadi. Dengan minyak Jojoba akan melembabkan bibir anda, Squalane mengurangkan garisan dan Vitamin E menghalang bibir menjadi kering dan menggelupas.
Kod: 12101-06
Berat Bersih: 3.5g
Harga : RM 19.60
2.Saya mengguna produk ini selama 3 bulan.
Sebelum ni saya memang tak boleh pakai lipstick warna pucat atau lipgloss warna pudar nanti nampak bayang gelap bibir.
Semalam saya singgah kat shopping complex dan awek promoter tu pujuk saya cuba lipstick lipshine MAC yang warna pale pink. Mula-mulanya saya takut nak mencuba maklumlah bibir saya tak cantik. Dengan berat hati saya tenyeh juga kat bibir. Terkejut juga saya bila nampak kaler tu kat saya, takde lagi bayang hitam. Macam tak percaya je. Saya perasan ada perubahan dari segi warna bibir saya.
Saya pakai lip treatment ni bukan selalu tapi selalu pakai waktu malam sebelum tidur itupun sekiranya saya ingat atau rasa nak pakai. Saya suka sapu dan urut-urut sikit bagi dia meresap kat dlm kulit.
Sebelum ni ada gak yg tanya camana kesan lip treatment, tapi tak berani komen pasal kecerahan warna bibir, sbb tak nampak kesan. Sekarang ni saya berani bagi statemen cam ni sebab saya yakin dengan lip treatmen ini. Terima kasih Giffarine.
No comments:
Post a Comment