Friday 24 August 2012

Cantik Tak Tudung Raya Aku

Hehehe.. Raya masih terasa.  Aku nak berkongsi pasal tudung raya sikit. Aku beli sehelai tudung ala-ala tudung Siti Nurhaliza dengan harga murah aje iaitu RM60.00 sehelai. Teman aku dari Jerantut pula memberi tahu dia membeli jenis tudung yang sama dengan harga RM79.90 sen. Beza RM19.90 gak tu.
 Masa belek kat kedai tu aku rasa aku boleh buat sendiri neh lekatkan batu-batu yang melilit kat tudung tu.. Maka aku pun pergilah jengok kat kedai lain pula bercadang nak beli batu-batu aje.. maka aku berpatah balik semula ke kedai tadi dan sambar tudung tu semula sebab harga batu-batu tu 3 biji RM2.90 sen... Alahai menyamai harga tudung kat Jerantut tu kalau aku nak buat sendiri. Baik beli yang dah siap. Maka petang itu aku ambik sehelai sahaja untuk percubaan.
Dipendekkan cerita bergaya sakanlah aku dengan tudung tu pada hari raya. Ramai gak yang tumpang belek-belek tudung tu sebab selesa gak pakai takdelah jatuh meleret sebab batu-batu tu berat agaknya maka tudung tu elok je di kepala aku.
Cuba tengok cute tak anak dara aku pakai tudung ni.. sebenarnya tudung aku sendiri.
 Cuba tengok model cilik pakai tudung ni comelkan...
 Sapa-sapa yang berkenan tudung ni boleh sms aku ya. Aku tolong beli aje. Kalau beli dengan barang Giffarine bleh sekalikan lagi jimat kos pos.

Barang Hantaran Menggunakan Produk Giffarine


Hari Raya Eidul Fitri sudah masuk hari ke-5. Suasana raya masih terasa. Sempena cuti raya ni banyak juga majlis dan undangan yang diterima. Disebabkan aku bukan bekerja sebagai cikgu sekolah maka pada hari raya ke-3 aku sudah tercongak di pejabatku meneruskan kerja seperti biasa.
Musim raya ini undangan majlis perkahwinan boleh dikatakan sekurang-kurang 3 undangan setiap hari kuterima sehingga hari ini. Disebabkan hari ini aku juga bercuti aku bercadang untuk menghadiri majlis itu pada waktu petang.
Melihat air paip yang keluar dari pili air pagi ini aku jadi malas untuk meneruskan niat untuk mambasuh baju terutama pakaian yang berwarna putih. Aku rasa tidak puas hati juga dengan warna air paip yang keruh itu. Terpaksalah aku batalkan untuk membuat kerja melibatkan penggunaan air.
Lupakan seketika pasal air paip.
Aku ingin berkongsi pasal barang hantaran perkahwinan atau bertunang pula. Barang jenama Giffarine semakin mendapat tempat di hati pengguna sekarang ini. Aku juga mendapat beberapa permintaan dari kenalan yang akan dan melangsungkan perkahwinan atau pertunangan untuk menjadikan produk Giffarine sebagai salah satu set barang hantaran.
Di sini aku hanya berkesempatan mengambil  dua keping sahaja gambar produk Giffarine yang hendak digunakan sebagai barang hantaran.

Disebabkan kedua pengantin adalah pengantin remaja dan jarang bermekap aku mengesyorkan pengguna set mekap yang simple sahaja.



Contoh set 1 yang mengandungi :
  1. Aquara Essence Spray. Kod : 10602-06   RM18.90
  2. Crystalline Foundation Stick .  Kod: 12831-06  RM30.00
  3. Giffarine Compact Foundation Kod: 12402-06 (C2) RM31.30
  4. Crystalline Lip Colour  Kod: 12015  (L15) RM22.50
  5. Care Clean Freshy  Kod: 11502-06 RM19.50
Jumlah Hanya : RM 122.20 sen sahaja.



Manakala set ke-2 untuk Majlis Pertunangan pula menggunakan set yang ringkas juga.

1. Aquara Essence Spray. Kod : 10602-06   RM18.90 
2. Crystalline Foundation Stick .  Kod: 12832-06  RM30.00
3. Translucent Loose Powder Kod: 12712-06 (Y3)  RM36.80
4. Sis Magic Lip  Kod: 20921-06 (Strawberry) RM 11.50 
5. Honey Fresh  Kod: 16401-06  RM 11.90
Jumlah : RM109.10 sen



Sunday 5 August 2012

Dramatic Exfoliating Massage


Aku baru 3 minggu menggunakan produk ini. Sebenarnya kulit muka aku bukanlah bermasalah sangat. Aku tidak pasti sangat adakah sebab penggunaan produk Giffarine terutama Jus Delima setiap hari kulit muka aku ' maintain' berseri. Saat mengira usia menjejak 40-an ini aku menjadi gusar juga sekiranya aku tidak dapat kekalkan apa yang aku ada hari ini. Ini bukan bermakna aku tidak sanggup menerima kenyataan dan kejadian setiap orang akan mencapai saat itu juga. Namun aku berusaha juga untuk meminimakan tidaklah sampai orang melihat aku tua 10-15 tahun dari usia sebenarku.

Aku biasa guna skrub muka menggunakan karot sahaja. Tapi satu ketika apabila blender di rumahku dipinjam oleh bonda masa majlis kenduri aku jenuh memikirkan macam mana nak habiskan masaku bersantai saat itu. Selepas selesai menyiapkan kerja rumah aku membelek-belek stok Giffarine untuk di hantar kepada pelanggan. Tiba-tiba aku terima sms dari seorang pelanggan dari selatan yang meminta postpone dulu barangannya kerana dia tiada di alamat rumahnya kerana berkursus untuk seketika. Aku menyusun semula barangnya ke dalam kotak. Sambil-sambil tu merekod stok yang baru di pesan oleh pelanggan. Aku terpegang kotak Dramatic Exfoliating Massage. Terdetik di hati, kenapa aku tidak sahaja guna produk itu. Aku lihat wajah pelangganku itu juga begitu mulus. Dia juga adalah pengguna setia Giffarine sejak aku perkenalkannya padanya penghujung Nov 2011.
Kenapa ya, ada antara kita yang seakan tidak kisah langsung mengenai betapa pentingnya skrub? Aku pula adalah di antara orang-orangnya. Rata-rata rakan yang aku temui juga mengatakan scrub wajah yang mereka gunakan seakan tidak menampakan hasil yang memberansangkan apatah lagi jika menggunakannya buat pertama kali. Kulit muka masih kasar dan tiada perbezaan.  Aku nak pesan sikit untuk anda yang mempunyai kulit wajah berjerawat yang agak kronik atau berkulit sensitif, anda tidak digalakan memakai scrub wajah. Sebaiknya rawat masalah anda dahulu sebelum mencuba scrub wajah.
Setelah menggunakan Dramatic Exfoliating Massage selama 3 minggu aku berani mengsyorkan untuk teman-teman semua bahawa aku telah temui  sejenis scrub wajah yang dapat memberikan kesan yang ketara walau hanya sekali selepas penggunaan pertama. 
Inilah Dramatic Exfoliating Massage.

Dramatic Exfoliating Massage Lotion

Cara Penggunaan:
Sapukan losyen dan urut wajah anda sehingga kering.Dengan lembut, urut keluar losyen tadi dengan hujung jari.Kemudian, bersihkan muka dengan tuala lembap atau air.

Kod:18001-06
Berat: 95g
Harga Runcit: RM 43.70
 
Ia merupakan scrub yang dapat menanggalkan sel-sel kulit mati tanpa iritasi. Mengecil dan membersih liang-liang roma terbuka dan menggalakkan pembentukan sel kulit baru. Wajah anda kelihatan lebih segar, cerah dan bebas dari kulit kasar dan gelap.Selepas penggunaan yang pertama anda akan mendapati kulit serta merta menjadi lembut dan licin berbanding sebelum menggunakannya. SUNGGUH MENGKAGUMKAN!! Cubalah dan alamilah kehebatannya..saya telah pun mencubanya dan sangat berpuashati dengan hasilnya.  
ANDA BILA LAGI.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...