Saturday 28 December 2013

Tudung Cantik Harga Menawan


Salam semua. Akak sibuk sikit tak berkesempatan nak update blog ini.
Sekarang ni akak tengok tudung makin cantik dan berfesyen. Ada seorang kawan mintak akak promote tudung dia kat blog ni.
Akak tak pasti nama tudung ni tapi materialnya best sangat bila pakai.
Kalau tak silap Cotton Jersey+ Chiffon. Lembut beralun.
Harga ditawarkan juga mampu milik.

Sebenarnya banyak kaler dan corak tapi akak tak berkesempatan nak ambik gambar jadi akak post kat blog ni beberapa helai sahaja.
Model yang diguna pun bidan terjun aje.
 

Sesiapa yang berminat boleh email atau sms/wassap akak ya. Postage adalah percuma selagi stock masih ada.



Tuesday 12 November 2013

Jawapan pertanyan dari Ika berkaitan Chitosan tablet dan Seena Capsule.


Salam Ika. 
Terima kasih menjengok blog ini.
Pasal Chitosan tu seeloknya di makan samada sebelum atau selepas makan tapi pastikan jarak masa tidak lebih dari 15 minit untuk kesan optima. Bila aje adik rasa nak makan makanan berlemak atau kolestrol tinggi sila ambil 1 pil ini. Boleh ditelan bersama makanan atau selepasnya.
Seena pula seelok di ambil sebelum tidur kerana fungsinya untuk melawaskan dan membersihkan salur penghadaman kita. Tetapi sekiranya adik ada masalah gastrik akak tak galakkan adik ambil sebab seena ini seakan mengikis salur usus kita. Nanti bertambah parah penyakit gastrik tu. Tetapi sekiranya tiada masalah gastrik, seena capsule adalah cara terbaik untuk mencuci salur usus kita. Percaya tak, makanan , minyak yang kita makan mendap di salur usus kita dan sukar untuk dihakis tetapi seena capsule dapat atasinya. Biasanya sehingga keluar berminyak melekit-lekit najis tu. Lepas ambil Seena badan kita akan rasa semakin bertenaga kerana toksin telah disingkirkan dari tubuh kita.
Cubalah.

Monday 11 November 2013

Coretan Untuk Teman Tersayang

Salam semua,,, Akak tujukan coretan kali ini untuk teman yang bernama Su Suraya dan Ain Nasuha serta Ms Luvella. Harap anda semua terbaca coretan ini. Terima kasih rajin jengok blog akak yang sempoi ini.
Untuk Su, saya ada pesanan sikit pasal penggunaan Aquara Spray tu.
Aquara Essence Spray


Sebelum ini akak juga dimomokkan dengan cara pemakaianAquara Essence Spray tu sebelum menggunakan stick atau foundation. Memanglah bila kita spray kulit wajah kita akan rasa sejuk dan nyaman sekali. Spray dulu baru sapu stick foundation.
Itu cara yang akak praktik masa mula kenal Aquara Spray ni. Tapi lepas akak bersembang dengan seorang mekap artis, dia ajar cara baru yang lebih senang untuk pakai spray, stick foundation serta bedak muka. Akak nak kongsi sekali lagi cara yang akak praktik sekarang ini iaitu akak calit terlebih dahulu stick foundation kat muka dan baru akak spray dengan Aquara Essence Spray ini. Lepas tu akak ratakan calitan stick foundation tadi yang masih basah dengan spray tu menggunakan sponge. Bila rata cuba tengok perubahan pada wajah anda. Boleh dikatakan keserian menyerlah. Lepas tu baru dap-dap dengan bedak. Last spray secara layang sahaja sekali lagi kat muka selepas dah calit semua alat mekap lain...lipstick, maskara ke, eye shadow ker, lip liner ke and blusher tu. Bertujuan untuk membuatkan mekap kita tahan lama. Saya harap Su boleh cuba cara ini dan grenti awak akan berterima kasih pada saya sebab cara ini lebih cepat dan menyerlah pemakaiannya. Jangan lupa untuk cuba dulu ya Su.

Coretan ini juga untuk adik Ain Nasuha serta Ms Luvella maaflah akak cerita sikit pasal muka adik yang berjerawat tu. Akak nak syorkan adik guna 3 sahaja produk giffarine cara akak untuk masalah adik tu. Adik boleh ambil Capsul Grape C-E sebiji setiap malam. Tetapi akak nak pesan sikit jangan terkejut selepas mengambil Pil ini masalah jerawat ini akan menjadi teruk sikit dan mungkin tumbuh lebih banyak serta bagi yang jerawat bernanah ianya mungkin lebih dari biasa yang adik alami. Tapi adik janganlah risau sebab masalah itu untuk seketika sahaja. Semasa permulaan ambik toksin-toksin akan disingkirkan dari badan. Akhirnya masalah itu akan terhenti dan meninggalkan parut lama sahaja.
Selain itu adik juga boleh bersihkan wajah adik dengan Sabun Honey Cleanser atau guna Honey Cream Cleanser yang bertindak membunuh kuman-kuman jerawat. Sabun ini dah namanya honey memanglah diperbuat dari madu sangat sesuai untuk adik. Bagi parut-parut yang masih ada itu adik boleh guna Krim Tafa yang disapu nipis sahaja ke tempat berparut. Tapi akak nak pesan adik janganlah pula guna Set Whitish tu memang tak sesuai dengan muka adik. Nanti makin teruk pula jadinya. Selamat mencuba dik. Ada masalah Whatsapp je dik. Akak cam biasa bersedia menjawab masalah adik.

Sekarang ni Jus Granada laris sangat. Tapi dik rasanya memanglah sedap, jangan ler pula minum sampai segelas sekali gus. Memanglah rasanya asli Delima tapi jangan salahkan akak plak bila sembelit. Akak hanya syorkan 15-30ml je setiap kali minum bukan segelas besar dik. Cara akak jimat. Jangan mare ya dik.

Friday 8 November 2013

Pengguna Dinasihatkan Untuk Mengelakkan Dari Mengguna Produk Kosmetik yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

Tarikh: 18 Julai 2013 - 2:48pm
Orang awam dinasihatkan untuk mengelakkan daripada membeli dan mengguna produk kosmetik berikut:
Bil. Nama Produk Nombor Notifikasi Racun Berjadual Yang Dikesan Nama Pemegang Notifikasi Nama Pengilang
1. Aveana Night Revival Cream NOT110404581K Tretinoin
Owi Lab (M) Sdn. Bhd.
Owi Lab (M) Sdn. Bhd.
2. Blemished Skin Ampoules NOT110204305K Asid Azelaik Noble Aspect Sdn. Bhd. Noble Aspect Sdn. Bhd.
3. Golden Horse B&W Cream – GH902-1 NOT120905460K Merkuri
Chee Sing (Labuan) Sdn. Bhd.
Chin San Chemical Works, Taiwan

Produk-produk kosmetik di atas telah diuji dan dikesan mengandungi racun berjadual tretinoin, asid azelaik dan merkuri. Oleh itu, produk-produk tersebut tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.
Tretinoin, asid azelaik dan merkuri adalah tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik.
Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan tretinoin biasanya digunakan untuk tujuan merawat masalah jerawat atau memperbaiki keadaan kulit. Produk yang mengandungi tretinoin hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan. Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.
Produk yang mengandungi asid azelaik biasanya digunakan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan rosacea iaitu keadaan kronik di mana muka menjadi merah di kawasan dahi, hidung dan pipi. Produk yang mengandungi asid azelaik hanya boleh digunakan dengan nasihat preofesional kesihatan. Penggunaan asid azelaik tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu mengalami rasa terbakar, pedih dan kemerahan.
Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan merkuri lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit dan rawatan anti penuaan seperti masalah jeragat, kulit tidak sekata dan kedutan adalah tidak dibenarkan dan boleh memudaratkan kesihatan. Merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu. Bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudiannya memasukkan jari-jari mereka ke dalam mulut. Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.
Pihak syarikat yang bertanggungjawab ke atas notifikasi produk berkenaan telah diarahkan untuk memberhentikan penjualan/pembekalan dengan serta merta dan memanggil balik kesemua stok fizikal produk tersebut daripada pasaran dalam tempoh 72 jam.
Sesiapa yang mempunyai stok produk di atas dinasihatkan menghentikan penjualan/pengedaran/ penggunaan produk tersebut dengan serta-merta. Penjual adalah diingatkan pemilikan produk-produk ini melanggar Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.
Pengguna adalah dinasihatkan untuk menghubungi pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) di talian 03-7883 5532/5534 jika mengalami sebarang kesan sampingan atau kesan buruk akibat daripada penggunaan produk-produk kosmetik.
DATO’ EISAH BINTA A.RAHMAN
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia
03 Julai 2013

Lawak Sental di Pagi Hari.

Aquara Essence Spray ?  Hahahha... nak dapatkannya tak susah sangat. Kalau anda berada di Kelantan kat mana-mana stokis berlambak mek. Abih2 tak de kabor je kat orang Rantau Panjang. Dengar cerita Aquara Essence Spray dah naik harga kat Thailand . Dah jadi 196Bhat bersamaan RM19.60 +-.. Tapi mujurlah kat Giffarine Malaysia masih lagi berharga RM18.90 sen.
 Terima kasihlah kat sapa-sapa yang baik hati promote kat akak untuk dapatkan Aquara Essence Spray Giffarine tu. Awak-awak ter... awak ada Gift Club Giffarine ? Saya ada... Awak nak tau camne saya ada ? Hehehe tanyalah orang lain yang ada...

Sunday 3 November 2013

Facebook Pages Bonda Iskina Biz

Anda bleh berhubungan dengan saya di Fb Bonda Iskina Biz https://www.facebook.com/BondaIskinaBiz
Ada review berkaitan produk dan lain-lain.


Thursday 29 August 2013

Penutupan Sementara

Saya memohon maaf kepada semua customer kerana tidak dapat memenuhi permintaan dan pertanyaan berkaitan barangan Giffarine.
Saya sekarang terpaksa menumpukan perhatian kepada kerja dan menyebabkan saya sentiasa berada di luar kawasan.
Anda masih berpeluang untuk mendapatkan maklumat berkaitan barangan Gifffarine serta petua-petua yang telah saya postkan sebelum ini.
Terima kasih kerana melayari blog saya ini.
Anda boleh mendapatkan barangan Giffarine daripada stokis lain yang kini terdapat di seluruh Malayasia tapi anda mungkin tidak dapat lagi tawaran terkezut seperti yang saya dan team buat sebelum ini.
In Sha Allah saya akan mulakan semula selepas ini.
Izinkan saya undur diri buat sementara waktu.

Sunday 30 June 2013

Tawaran Terkejut Sesi Julai 2013

Semalam akak check stok barang. Packing untuk di pos berderet. Sakit pinggang juga takut2 tersalah hantar plak kat orang lain. Bantuan dari Mat Poyo amat penting di saat ini. Counter checking and double checking. Serik dah tersalah hantar kat customer.
Pot pet pot pet benda sama... setelah berbincang dengan geng kita orang maka untuk sesi Julai ini ada lah barang harga terkezut lagi.

1. Diperkenalkan :
 Hai korang ada sembelit tak? Akak nak syorkan Senna Capsule. Akak tabik kat ubat ni sebab berjaya melawaskan perut orang-orang yang bermasalah dan menggunakan ubat ini. Betul-betul mujarab. Ada setengah orang guna ubat ini untuk menguruskan badan. Akak tak pasti keberkesanan untuk menguruskan badan ni. Tetapi memang ada beberapa customer akak yang beli Senna Capsule untuk tujuan tersebut.
Berapa harga yang akak nak bagi kali ini ya? Setelah soksek sok sek dengan team akak maka kita orang dengan terkezutnya memberi tawaran dengan harga sekotak RM9.00 sahaja. Harga asal RM12.00.
Okey dah tu kurang RM3.00. Sapa nak bagi dik...

2. Tawaran kedua untuk tablet Granada .. ala Tablet Delima jenama Giffarine. Kalau korang sakit masa menstrual- period tu.. terguling-guling menahan sakit. Ini akak ada caranya untuk mengurangkan simtom itu. Cuba kunyah Tablet delima ini sebanyak 4-5 biji lepas tu korang rehat , pejam-pejam mata sekejap. Grenti korang akan berasa lega dengan sakit yang menyengat tu. Korang boleh berehat dengan selesa tanpa berpeluh-peluh menahan sakit lagi. Mujarab dik.
Akak ada offer untuk Tablet Delima. Harga asal RM39.00 tapi akak bagi dengan harga RM35.00. Amacam tak nak ke? Ambik ajelah . Email kat akak ya... SMS kat 010-9390597

3. Tawaran seterusnya akan muncul pada penghujung Julai nanti. Tawaran Rayalah pulak dik...
That's all for the listing... gedebuk... see you daa...

Saturday 22 June 2013

Hidupku ceria dengan Giffarine

Akak, guna apa ya ? Dari pagi saya tengok muka akak maintain aje? Nampak natural dan flawless. Oush...!
Dah blushing muka akak... ! Suka sangat bila ada orang tegur macam tu. Bukan sekali dua tapi berkali-kali.
Akak guna Giffarine dik ! Jawabku bangga tanpa segan silu. Penuh yakin dan meyakinkan serta bangga dengan produk Giffarine yang aku guna. Yalah. Akak bukan kategori cantik tapi ramai yang tegur dan puji kulit wajah akak. Macam-macam pujian yang sememangnya boleh mengembangkan 'lobang hidong' akak ni.
Kulit wajah akak memang tak bermasalah sangat hasil dari amalan penggunaan barang Giffarine selama ini.
Akak nak kongsi produk Giffarine yang mana satu akak guna seawal bangun tidur sehingga tidur semula pada malamnya.

Bangun Tidur Pagi:
  1. Sapu kat muka dengan tangan yang kering -Glamorous Beaute Facial Cream Cleanser
  2. Gosok Gigi dengan Berus Gigi Giffarine - Double Active Toothbrush
  3. Guna Ubat Gigi Giffarine Bio Herbal Plus Toothpaste
  4. Bersabun dengan Giffarine Shower Gel Aleo Fresh Shower Cream
  5. Syampu Rambut - Kaffira Shampoo Giffarine
Sesi Meja Makan
  1. Minum Jus Kunyit Gluta Curcuma C-E
  2. Secawan Minuman Coklat 'Activ Malt' 
  3. 1 Tablet Collagen Plus
  4. Sarapan Pagi
Sesi Mewangikan badan
  1. Sapu Tenderine Body Lotion Giffarine ke seluruh badan.
  2. Skin Softner Giffarine kat siku, lutut dan kaki
  3. Solid Perfume Elves dari Giffarine kat nadi pergelangan tangan, leher
  4. Re-White Whitening Roll-on kat axilla
  5. Massage Breast dengan Dramatic Pueraria Breast Cream
Sesi Mengadap Meja Solek:
  1. Tenyeh Crystalline Foundation Stick FS 32
  2. Kemudian Spray dengan Aquara Essence Spray
  3. Ratakan dengan Sponge
  4. Dapkan kat muka Bedak 'Giffarine Compact Foundation' CO 1
  5. Urut bibir dengan Crystalline Lip Treatment
  6. Lukis kening dengan 'Glamourous Eyebrow Pencil'
  7. Lukis mata dengan 'Glamourous Black Glamorous Liner'
  8. Tenyeh pula kat mata dan pipi guna ' Glamourous Eye Shadow & Blusher Set.
  9. Eyelash Curler With Automatic Refill untuk bulu mata
  10. Cantikkan bulu mata dengan Crystalline Waterproof Mascara
  11. Lukis bibir dengan Pencil Lipliner
  12. Cantikkan bibir dengan Glamorous Lipstick
  13. Layangkan Aquara Essence Spray kat muka sepintas lalu.
  14. Cukup untuk muka.
Sebelum Melangkah Keluar
  1. Artemis Cologne Spray
  2. Jus Granada- Delima 30ml
Dalam kereta
  1. Kunyah Collagenaa 
  2. Beaute Berry
Waktu Tengah hari
  1. Selepas makan nasi
  2. Telan 1 Chitosan Tablet
  3. Gosok Gigi dengan Berus Gigi Giffarine - Double Active Toothbrush
  4. Guna Ubat Gigi Giffarine Bio Herbal Plus Toothpaste
Balik Kerja
  1. Bersabun dengan Shower gel Peach dari Giffarine
  2. Cuci muka dengan Facial Cream Cleanser Giffarine
Minum petang
  1. Jus Delima 30ml
  2. Minum Secawan Royal Crown Beaute Caffe
  3. Ambil 1 Capsule 'Compound Pueraria Mifirica Capsule'
Sebelum Tidur
  1. Gosok Gigi dengan Berus Gigi Giffarine - Double Active Toothbrush
  2. Guna Ubat Gigi Giffarine Bio Herbal Plus Toothpaste
  3. Telan 1 capsule ActiVite
  4. Sapu Rosia Moisturizing Body Cream
Tamat cerita Giffarine hari itu.

Akak Cuci pakaian harian dengan menggunakan:
  1. Bright Laundry Compound (for machine washing)
  2. Bright Fabric Softener ROMANCE dari Giffarine
  3. Giffarine Laundry Licquid
Cuci Kereta dan lain-lain
  1. Multi-Purpose Liquid Cleanser - mop lantai, kereta dan dapur
  2. Jewelry Cleaner untuk cuci barang kemas yang kusam
  3. Cleara Hot-iron Cleaner untuk cuci tapak sterika yang comot
  4. Renew Cleansing Cream untuk kilatkan kasut dan perabut kulit
  5. Scent Air Freshener Gel untuk wangikan udara dalam rumah dan kereta

Saturday 15 June 2013

Produk Kosmetik Yang Dibatalkan Notifikasi Atas Isu CampurPalsu

Orang Awam dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik seperti tersenarai di bawah. Produk-produk tersebut telah didapati mengandungi bahan larangan, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan advers serius.

Produk seperti tersenarai di bawah tidak lagi dibenarkan diimport/ dikilang/ diedar/ dijual di negara ini dan Pihak Berkuasa  telah mengarahkan supaya semua stok produk berkenaan di keluarkan dari pasaran.


Tahun 2013

Bil.        Nama Produk                          No.Notifikasi (NOT)        

1. Cellnex Anti-Sensitive Essence Treatment      NOT120905219K              
     Bahan Kimia yang dikesan : Betameth

2.  Natural 99 Night Cream                                 NOT120300526K              
       Bahan Kimia yang dikesan : Mercury

3. Natural 99 Day Cream                                      NOT120300524K              
     Bahan Kimia yang dikesan : Mercury 

4. SF Beauty Night Cream (Facial)                        NOT120602462K
     Bahan Kimia yang dikesan : Mercury
 
5. SF Beauty Day Cream (Facial)                           NOT120602461K
    Bahan Kimia yang dikesan : Mercury

6. Acrena Pure Herbal Papaya Soap                        NOT100802337K
    Bahan Kimia yang dikesan : Tretinoin  
 
7. White Complex                                                  NOT100801451K
    Bahan Kimia yang dikesan : Tretinoin

8. SS Pearl Cream                                                  NOT110602263K
     Bahan Kimia yang dikesan : Mercury

9. SS Vita C Night Repair                                      NOT110602264K
    Bahan Kimia yang dikesan : Mercury
  
Tahun 2012


Bil.        Nama Produk                          No.Notifikasi (NOT)  
1. Daily Protecting Cream - Joie et Beaute             NOT100778850K  /
     Bahan Kimia yang dikesan : Mercury                   NOT100602230K

2. La Bliss Skin Brightening Cream                          NOT100200697K
     Bahan Kimia yang dikesan : Tretinoin

3. Sans Dynamic Intensive Light Cream                  NOT100400422K
       Bahan Kimia yang dikesan : Mercury

 4. Putih Gebu Sun-Block Collagen Lotion                 NOT100403485K
     Bahan Kimia yang dikesan : Mercury 

5. Bio-Clear Intensive Renewal Complex                  NOT120503338K
    Bahan Kimia yang dikesan : Tretinoin 

6. MS Wellmood Enhancing Cream                          NOT100602405K
      Bahan Kimia yang dikesan : Tretinoin 

7.  Renewing Cream                                                   NOT100101066K
      Bahan Kimia yang dikesan : Tretinoin

8. E Beaute Total Revitalizer Night Cream                NOT100601840K
      Bahan Kimia yang dikesan : Mercury

9.  MS Wellmood Lightening Complex                         NOT100601840K
      Bahan Kimia yang dikesan : Mercury  

10.  Multi Cream                                                           NOT100764415K
      Bahan Kimia yang dikesan : Tretinoin

11. DQISTEE NIGHT CREAM                                     NOT100802185K
         Bahan Kimia yang dikesan : Mercury 

12. DQISTEE BEAUTY DAY CREAM                           NOT10082184K
          Bahan Kimia yang dikesan : Mercury 


Tahun 2011


Bil
Nama produk
No. notifikasi (NOT)
Bahan kimia yang dikesan
1
Sensual Whitening Cream
NOT100751321K
Mercury 
2
Derma-Rx Arbutin-R Cream
NOT090601556K
Tretinoin & Hydroquinone
3
DS.1 BLEMISH CONTROL CREAM
NOT091201931K
Azelaic Acid
4
EZEE SUNBLOCK CREAM
NOT100601213K
Mercury
5
MONTAGNE JEUNESSE CHOCOLATE MASQUE
NOT090700043K
Lead


Tahun 2010


Bil
Nama produk
No. notifikasi (NOT)
Bahan kimia yang dikesan
1
NV Toner Treatment No 1
NOT05010130KE
Hydroquinone & Tretinoin
2
NV Toner Treatment No 2
NOT05010129KE
Hydroquinone & Tretinoin
3
Zara Rejuvenation Cream
NOT04081873KE
Hydroquinone 
4
Beauty Line Beautitude Multi-Purpose Cream
NOT081201209K
Tretinoin
5
Pigmentation Recovery Complex
NOT081200745K
Tretinoin
6
De Putih Night Cream
NOT05100878KE
Tretinoin
7
BML HB LOTION
NOT090701336K
Tretinoin & Hydroquinone
8
Krim Malam Shana
NOT090600820K
Tretinoin & Hydroquinone
9
Natasya Gold Krim Herba
NOT091100971K
Tretinoin & Hydroquinone
10
Biotox Whitening Hydro Cream
NOT007061310K
Dexamethasone
11
Yoko Whitening Cream
NOT080100330K
Tretinoin
12
Sue Beauty Night Treatment Cream
NOT080600138K
Tretinoin

  
Tahun 2009


Bil
Nama produk
No. notifikasi (NOT)
Bahan kimia yang dikesan
1
Felisa Gentle Peeling Solution
NOT07080210KE
Tretinoin
2
Krim Malam Rahsia Rimba
NOT080801112K
Hydroquinone
3
Biocosmet Whitening Essence
Cream
NOT07122920KE
Hydroquinone
4
~H2O+ Waterwhite Brightening
Night Cream
NOT04102838KE
Hydroquinone
5
Magixpress Lightening Plus
NOT07121009KE
Hydroquinone
6
A.Vant Cream
NOT05022860KE
Tretinoin
7
Eriesya Spa Beauty Cream
NOT07122412KE
Hydroquinone
8
Natasya Krim Herba
NOT07090337KE
Hydroquinone & Tretinoin
9
Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
NOT03090150KE
Tretinoin
10
Ratna Sari Whitening Night Cream
NOT080700826K
Tretinoin
11
ATIKA BEAUTY Renewal Night Cream
NOT04082451KE
Hydroquinone
12
Chantique - Whitening Night Cream
NOT04121404KE
Tretinoin


Tahun 2008

Bil
Nama produk
No. notifikasi (NOT)
Bahan kimia yang dikesan
1
Khazanah White Pembersih
Wajah
NOT05040954KE
Hydroquinone
2
Gloskin Krim Malam & Siang
NOT05082557KE
Hydroquinone
3
Reena's Astringen Lanjutan
NOT05010659KE
Hydroquinone
4
Skin Desires Deep Whitening
Cleansing Milk
NOT07020213KE
Hydroquinone
5
EETYE Whitening Cream
NOT06080859KE
Hydroquinone
6
O'Lynn Skin Lightening Cream
NOT06110164KE
Tretinoin


Senarai ini dikemaskini pada April 2013
PRODUK KOSMETIK YANG DIBATALKAN NOTIFIKASI ATAS ISU CAMPURPALSU
Orang Awam dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik seperti tersenarai di bawah. Produk-produk tersebut telah didapati mengandungi bahan larangan, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan advers serius.
Produk seperti tersenarai di bawah tidak lagi dibenarkan diimport/ dikilang/ diedar/ dijual di negara ini dan Pihak Berkuasa  telah mengarahkan supaya semua stok produk berkenaan di keluarkan dari pasaran.
- See more at: http://portal.bpfk.gov.my/index.cfm?&menuid=118&parentid=116#sthash.UyB7DRfC.dpuf
PRODUK KOSMETIK YANG DIBATALKAN NOTIFIKASI ATAS ISU CAMPURPALSU
Orang Awam dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik seperti tersenarai di bawah. Produk-produk tersebut telah didapati mengandungi bahan larangan, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan advers serius.
Produk seperti tersenarai di bawah tidak lagi dibenarkan diimport/ dikilang/ diedar/ dijual di negara ini dan Pihak Berkuasa  telah mengarahkan supaya semua stok produk berkenaan di keluarkan dari pasaran.
- See more at: http://portal.bpfk.gov.my/index.cfm?&menuid=118&parentid=116#sthash.UyB7DRfC.dpuf
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...