Sunday 27 January 2013

Jus Kunyit Gluta Curcuma C-E

Aku baru aje habiskan kotak yang ke-7 jus kunyit ini. Aku mula menikmatinya pada bulan Ogos tahun lepas. Macam yang you all fikirkan sebut je jus kunyit mesti terlintas di fikiran kita bau kunyit yang eeeeiiii.. aku tak sukalah baunya. Tak reti nak sebut..
Tetapi dengan jus kunyit keluaran Giffarine ini ianya ternyata berbeza dari segi baunya. Apa yang pasti selepas meminum satu penutupnya yang lebih kurang 15ml, anda dengan beraninya akan menghabiskan satu botol yang mengandungi 150ml sahaja itu. Ianya sungguh enak rasa di tekak anda. 
Jus kunyit ini mengandungi :
Air                                                               84.27%
Curcumin Powder (Serbuk Kunyit)           10.00%
Gula                                                             5.00%
L Gluthathione                                           0.50%
Vitamin C                                                   0.21%
Vitamin E                                                   0.02%
High Vitamin C & E
L - Glutathione 250 mg




Khasiatnya :
Khasiatnya memang terangkat ibu jari kaki akak. Sesuai untuk kulit, di mana kulit akan terasa lembut, gebu dan boleh menghilangkan jeragat sekiranya di minum secara konsisten. Selain itu dalaman juga akan anda rasai perubahannya. Kunyit ni adalah antiseptik semulajadi. Selain itu kandungan Glutathione memang diakui sebagai antioksidaan kuat dan penggunaannya yang berterusan pada akhirnya, tona kulit ternyata menjadi lebih cerah.
Bagiku juga jika dibandingkan dengan Activite lebih suka memilih Jus kunyit ini.

Cadangan Penyediaan:
Untuk rasa yang lebih enak, sejukkan dan goncang sebelum diminum. Kena habiskan 1 botol 150ml tu selepas dibuka.

Tiada pewarna tiruan. Rasa yang asli.
Ianya juga ada jaminan HALAL dari 'The Central Islamic Commitee of Thailand' (95 C130 005 03 55)



Kod: 37328
Isipadu Bersih : 150ml x 6 botol
Harga : RM60.00

Saturday 5 January 2013

Super Vitamin E

Kod:15010-06
Berat:35ml
Harga Runcit: RM 101.20

Krim istimewa yang diadun khusus dari khasiat Palm Fruit. Berkesan untuk mengurangkan garis-garis halus di muka, meningkatkan ketegangan kulit dan menghalang proses penuaan pra matang. Melindungi kulit anda daripada pencemaran alam sekitar dan radikal bebas sehingga 40-60 kali ganda. Ia juga menyerap pantas dan bertindak mencerahkan bahagian kulit bermasalah.

Sesuai untuk semua jenis kulit dan kulit berminyak.
Cara Penggunaan:

Picit krim pada tapak tangan kiri, gunakan jari telunjuk dan jari tengah(tangan kanan). Adunkan krim beberapa saat, sehingga terasa sedikit suam. Kemudian ratakan pada muka dan leher. Gunakan setiap pagi dan sebelum tidur

Petua Bersama Giffarine.

Aku sempat bersembang dengan seorang mekap artis yang menggunakan produk Giffarine sebagai alatan persolekkannya. Dia memberitahu cara yang paling ringkas untuk aku tampil anggun dan mekap bertahan lama seharian walaupun di dalam cuaca panas. 
Menurutnya bahan solekan asas yang aku perlukannya hanyalah :

1. Aquara Essence Spray berharga RM18.90.
2. Giffarine Light Make-Up Foundation berharga RM20.90
3. Giffarine Compact Foundation berharga RM31.30
4. Giffarine Lip Colour berharga RM22.50

Mula-mula katanya bersihkan wajah terlebih dahulu. Kemudian sapu Giffarine Light Make-Up Foundation di lima bahagian utama wajah iaitu tengah dahi, batang hidung, kedua belah pipi dan dagu. Spray dengan Aquara Essence Spray dengan jarak 10cm dari wajah. Jangan lupa pejam mata nanti masuk mata pedih ler. Seterusnya menggunakan sponge, ratakan foundation tu keseluruh wajah anda. Masa ini wajah kita akan jadi lembab dan foundation itu menyerap rata ke muka kita. Barulah kita guna sponge tekap bedak ke muka dengan cara tepuk-tepuk lembut sahaja. Jangan gosok kerana ia boleh menyebabkan foundation tadi tidak sekata. Mulanya aku was-was juga dengan cara dap-dap lembut mustahil bedak akan melekat kat wajah. Tetapi bila dicuba memang menakjubkan. Wajah aku kelihatan begitu gebu dan solekan nampak begitu asli semulajadi sekata di wajah. Seterusnya barulah pakai alat solek lain seperti mascara, lipstick, eyeliner, lip liner, eyeshadow, blusher dan apa sahaja yang patut. Akhir sekali spray sekali lagi sepintas lalu dengan Aquara Spray dengan jarak lebih 20cm ke wajah. Hasilnya memang meyakinkan penampilan kita. Mekap juga tahan lama.
 
So, bagaimana ?  Cubalah dengan tips yang aku kongsikan ini dan anda pasti puas hati dengan penampilan anda selepas ini. Jom kita cuba idea ini.

Thursday 3 January 2013

Giffarine Lip Treatment

Salam.. lama tidak berbicara di sini. Biasalah alasan sibuk.
Selamat Tahun Baru 2013 Masehi. Azam tahun baru? Aku malas nak kongsi dengan semua orang azam aku untuk tahun baru ini. Biarlah ianya menjadi rahsia aku sahaja... ( Sebab azam aku tahun lepas 2012 masih banyak belum tercapai).. Rasanya nak sambung azam yang lepas.
Tetapi rasanya untuk azam tahun ini aku kena lebih gigih lagi sebab tahun ini aku mula sambung belajar untuk mencapai cita-citaku. Biarlah bagi setengah orang mungkin dah terlewat tetapi bagiku masih ada peluang untuk aku mengapai cita-citaku.
Aku tak nak bercerita perihal diriku secara personal tetapi aku ingin berkongsi cerita berkaitan produk yang aku guna ini. Semalam 2hb Januari 2013 tepat pukul 7.57pagi aku menerima email dari seseorang gadis bertanyakan pasal Giffarine punya lip treatment. Baru aku perasan aku belum lagi intro pasal Lip treatment ini rupanya. Maaf ye..
Di dalam rangkaian barangan Giffarine memang ada produk untuk rawatan bibir dengan penyelesaian masalah yang bersesuain dan boleh dipercayai keberkesanannya dan harganya murah.

1. Giffarine Lip Treatment
    Merupakan satu inovasi produk penjagaan bibir dengan formula 'triple-action'. Produk penjagaan bibir untuk melembabkan bibir yang kering dan merkah, memastikan kilauan gincu berkekalan serta mengembalikan warna bibir kepada merah jambu secara semula jadi disebabkan oleh merokok atau penggunaan gincu dan bahan kimia yang kerap. Ianya juga tidak melekit dan cepat meresap serta rasa best sangat bibir selepas menggunakannya.


Arahan: 
Sapukan pada bibir anda sebelum menggunakan gincu dan sebelum tidur.

Kod: 12102-06
Berat Bersih: 15 g
NOT120103750K
Harga: RM27.60

2. Pattrena Aromatic Lip Balm
Lip Balm yang lembut yang memberi kelembapan kepada bibir mengandungi Vitamin E dan bauan ekstrak Plumeria.
Menjadikan bibir sihat dan bermaya sepanjang hari walaupun tanpa memakai lipstick.

Arahan Penggunaan: 
Sapukan aromatic lip balm sebelum memakai lipstick dan memakainya sebelum masuk tidur.



Kod: 12109
Berat: 2 g
Harga : RM 42.50

3. Crystalline Lip Gloss
Bebas warna, pelembab bibir ini akan menghasilkan keserian dan kilauan semulajadi. Dengan minyak Jojoba akan melembabkan bibir anda, Squalane mengurangkan garisan dan Vitamin E menghalang bibir menjadi kering dan menggelupas.

Kod: 12101-06
Berat Bersih: 3.5g
Harga : RM 19.60

Ada yang cakap:

1. Anda punya pilihan untuk memilih produk ini atau tidak. Saya sebagai pengguna Giffarine amat mempercayai produk ini. Saya upload wajah saya tanpa sebarang mekap atau lipstick untuk anda menilai sendiri. Pengguna tegar produk giffarine sejak tahun 2001 lagi sebelum produk ini memasuki pasaran Malaysia. Saya berani keluar rumah tanpa mekap kerana saya yakin dengan penampilan saya.  Tanpa jerawat atau jeragat semua orang asyik bertanya apa rahsia saya dan saya tidak kedekut untuk berkongsi dengan semua orang. Saya suka menggunakan Giffarine

2.Saya mengguna produk ini selama 3 bulan. 
 Sebelum ni saya memang tak boleh pakai lipstick  warna pucat atau lipgloss warna pudar nanti nampak bayang gelap bibir.
Semalam saya singgah kat shopping complex dan awek promoter tu pujuk saya cuba lipstick lipshine MAC yang warna pale pink. Mula-mulanya saya takut nak mencuba maklumlah bibir saya tak cantik. Dengan berat hati saya tenyeh juga kat bibir. Terkejut juga saya bila nampak kaler tu kat saya, takde lagi bayang hitam. Macam tak percaya je. Saya perasan ada perubahan dari segi warna bibir saya. 

Saya pakai lip treatment ni bukan selalu tapi selalu pakai waktu malam sebelum tidur itupun sekiranya saya ingat atau rasa nak pakai. Saya suka sapu dan urut-urut sikit bagi dia meresap kat dlm kulit. 
Sebelum  ni ada gak yg tanya camana kesan lip treatment, tapi  tak berani komen pasal kecerahan warna bibir, sbb tak nampak kesan. Sekarang ni saya berani bagi statemen cam ni sebab saya yakin dengan lip treatmen ini. Terima kasih Giffarine.
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...