Saturday 16 June 2012

Giffarine Multi-purpose Liquid Cleanser

Petang tadi aku nak basuh kereta. Ambik sabun cuci kereta dah habis dikerjakan oleh anak-anakku. Apalagi peninglah memikirkan camne nak basuh kereta ni. Nak hantar kedai hari ni hari minggu tempat yang aku selalu cuci kereta tutup. Tengok kereta kotor sangat. Aku keluarkan semua barang dari boot kereta. Ternampak barang-barang Giffarine yang aku baru ambik semalam dan belum berkesempatan hendak menghantar kepada pelanggan yang memesannya.
Aku mengalih barang-barang tersebut ke tepi dan memasukkan ke dalam kereta sorong sebab banyak juga barang tu. ternampak sebotol Giffarine Multi-purpose Liquid Cleanser. Teringat abah pernah cuci kereta guna multi-purpose licquid ni. Aku pun ambik gayung dan baldi. Tuang sedikit cecair tu dan terus  cuci kereta.
Setengah jam kemudian.. pergh.. cam tak percaya je.. Berkilatnya kereta aku. tak sangka pula menjadi juga.. pencuci serbaguna ini mengandungi Nonionic Surfactant yang dapat menanggalkan kotoran dan minyak dengan berkesan.
Pencuci bioklinikal ini merupakan pencuci yang mesra alam dan lembut pada kulit dan tidak menghakis. Ia sesuai bagi tujuan mencuci yang anda idamkan.

 Giffarine Multi-purpose Liquid Cleanser
Harga : RM13.00
Cara Penggunaan:
1) Untuk Pakaian.
     Sebelum mencuci , tuang sedikit cecair itu ke atas permukaan yang kotor dan kemudian bilas deng

2) Untuk Barangan Rumah:
    Gunakan 1 penutup cecair dalam 4 liter air dan gunakan ia untuk mencuci. Kemudian bilas dengan air.
3) Untuk Kegunaan Umum Seperti Perabot dan Perhiasan Kayu:
    Gunakan 1 penutup cecair pencuci dalam 4 liter air dan gunakan ia untuk mencuci. Kemudian bilas dengan air.

Saturday 9 June 2012

Delima Tablet (Granada Tablet Form Giffarine )

Buah Delima adalah buah yang sangat bermutu. Ianya berupaya merawat sakit jantung,tekanan darah tinggi, memberi tenaga, mencerahkan kulit dan banyak lagi. Selain itu terdapat banyak khasiat lain dan vitamin terkandung di dalam buah Delima. Antaranya Magnesium dan Kalsium yang bagus untuk pengaliran darah. Ia juga ia dapat ;


- Mengekalkan keadaan jantung dan hati yang sihat.
- membersihkan hati dan saluran perkumuhan.

- Menyingkirkan lemak berlebihan.

- Meningkatkan tenaga.

- Mencegah rasa mual.

- Menstabilkan tahap hormon semasa kemuncak haid.

- Mencantikkan kulit muka.

- Membantu memulihkan pesakit Diabetes.

- Berupaya menghapuskan kahak.

- Memberi tenaga dan mencegah keletihan.

- Mencegah angin ahmar bagi warga emas dan,

- Meningkatkan peredaran darah

Buah Delima adalah buah yang sangat bermutu. Di Jepun, media massa telah pun memperkenalkan khasiat buah ini. Ianya merawat sakit jantung, tekanan darah tinggi, memberi tenaga, mencerahkan kulit dan banyak lagi. Jus Delima adalah minuman kesihatan yang terbaik dan berkhasiat.

Pengambilan > 1 tablet sehari selepas makan


Harga RM39.00 
Delima Tablet (Granada Tablet Form Giffarine ) 

Friday 8 June 2012

Bio White, Miracle Fluid Scalp Nutrient dan Ubat Gigi Bio Herbal Premium - Whitening Toothpaste

1. Bio White
Barang Giffarine yang akan aku kongsi cerita kali ini ialah Bio White pula. Muka aku tidak bermasalah dengan jeragat atau black or white spot. Tapi ramai teman-teman dan kenalanku yang mempunyai masalah ini. Aku telah bertanya kepada Kak Na ejen Giffarine aku dan dia syorkan cream yang sesuai. Beberapa orang telah mencuba krim Bio White dan Tafa Cream. Alhamdulillah mereka telah memberi respon yang mengembirakan. Penggunaan yang betul dan tidak sampai dua minggu masalah mereka nampak ada perubahan. Mereka juga sudah order baru dengan aku.

Bio White
Harga: RM 11.50
 Kegunaan: Membantu mencerah dan membersihkan kulit kusam, dirumuskan dari khasiat herba semulajadi. Bio-Complex bertindak 'menjernihkan' semula kulit berpigmentasi, noda-noda hitam dan parut jerawat dengan semulajadinya seperti yang anda idamkan.


Cara Penggunaan:
Sapukan secara menipis pada kulit berpigmentasi dan berparut.


2.'Miracle fluid Scalp Nutrient'
Aku menghadapi masalah dengan rambut dan kulit kepala yang gatal dan rambut tidak bermaya. Aku sebelum ni biasa guna Shampoo Head & Shoulder. Boleh dikatakan setiap hari aku bersyampu rambut. setiap pagi sebelum pergi kerja aku juga wajib basahkan rambut. Jika aku tidak berbuat demikian , belum pukul 10.00 pagi kepala sudah berdenyut sakit. Oleh itu seawal 5.30pagi kepala dah basah bersyampu. Sekiranya aku tidak bersyampu dua atau tiga hari jenuh tangan mula hendak menggaru terutama bahagian dekat kolar belakang leher.
Sambil membelek buku katalog Giffarine aku terpandang 'Miracle fluid Scalp Nutrient' . Aku pun order dan cuba guna. Aku menggunanya setiap hari dan tidak perlu bilas. Menakjubkan kerana tidak sampai 2 minggu masalah yang aku hadapi di atasi sepenuhnya. Rupanya rambut aku ni kurang nutrient.. hahaha..

'Miracle fluid Scalp Nutrient'
Harga: RM35.00
Kegunaan:
Rawatan kulit kepala yang bebas alkohol. Gabungan ekstrak delima dan Spirulina membantu menjaga kesihatan kulit kepala dan menjadikan rambut lebih cantik bersinar.
Cara Penggunaan:
Sapu di kulit kepala dan urut lembut. Tidak perlu bilas. Penggunaan setiap hari digalakkan.



3. Bio Herbal Premium - Whitening Toothpaste
Harga: RM 36.93
Sekarang ni saya telah bertukar menggunakan ubat gigi jenama Giffarine pula. Sebelum ini saya setia dengan jenama Colgate Total tapi semenjak menjadi dealer Giffarine ini saya berpaling tadah. Saya baru seminggu mengguna ubat gigi ini. Perkara pertama yang saya perasan ialah ubat gigi ni bila kita letak di berus gigi ia tidak mudah jatuh meleleh macam ubat gigi lain. Ia juga agak pekat dan saya hanya guna sedikit sahaja sebesar biji kacang diletak ke atas berus gigi. Semenjak mengguna ubat gigi ini saya suka bermain lidah di gigi sebab terasa selesa dan licin selepas menggosok gigi.  
Ubat gigi ini disediakan dengan formula diperbaharui yang membantu memutihkan gigi, menjadikan nafas segar sentiasa, menghalang kaviti dan mengekalkan kesihatan mulut. Mengandungi oksigen Aktif dan 15 herba terpilih yang membantu mengurangkan kaviti dan pernafasan kurang segar. Berupaya memutihkan gigi tanpa merosakkan permukaan gigi. Mengandungi Stay-C yang menjadikan gusi kuat dan sihat, Xylitol sejenis gula yang menghalang pertumbuhan bakteria. Manakala fluorida membantu menghalang kaviti.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...