Saturday 19 May 2012

"MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W"

1. Barli bagus untuk demam jika di buat sup.

 2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert rumah yang tidak ada makanan. 

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir. 

 4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

 5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam. 

 6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan. 

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga. 

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut. 

 10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

 11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali) 

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati. ♥ ^___________^ 

 SUMBER: Kami Peminat Ustaz Mohd Kazim Elias

Tuesday 15 May 2012

Petang tadi anak lelakiku yang masih Pra-sekolah memberitahuku.. "Mama.. Esok hari guru, cikgu cakap dia nak pinggan." Pelbagai andaian timbul di kepalaku. Cikgu nak pinggan nak buat apa? Nak sebagai hadiah Hari Guru ke? Kenapa nak pinggan? Mungkin pinggan untuk jamuan Hari Guru kot.Bonda aku pula idea lain yang aku tak boleh berkongsi di sini.

Tuesday 1 May 2012

JUS DELIMA GIFFARINE

Granada 100% Pomegranate juice from concentrated Promegranate Jus (Giffarine Brand)
Dosage: 1-2 tablespoon daily (15-30cc) anytime
Net Weight: 700ml
HR: RM 71.30
Aku ingin berkongsi rahsia berkaitan dengan Jus Delima pula. Aku telah menggunakan jus Delima ini botol yang ke-5 untuk tahun ini.
Semasa mula-mula mengguna jus ini aku rasa tak selesa perut sebab aku ada penyakit gastrik Aku rasakan dalam dua tiga hari pertama aku minum jus itu perut aku kerap sakit dan pedih. Badan juga jadi lemah dan tidak selesa.Tapi aku teruskan juga meminumnya tak banyak pun 15ml sahaja sehari pada setiap pagi. Aku bertahan meminumnya kerana aku rasa serasi dengan lidahku walaupun perutku meragam. Bagiku mungkin situasi ini adalah satu tindak balas jus itu dan mengeluarkan toksin dalam badanku. Seminggu selepas itu, aku rasa perubahan yang meyakinkan aku. Walaupun belum menakjubkan pada masa itu. Badanku terasa lebih ringan dan aku juga berasa lebih cergas dan tidak mudah letih. Malahan stress juga dapat aku kawal dan atasi. Percaya tak? Aku boleh kawal kemarahanku sedangkan aku adalah seorang yang pembengis juga.
Pada Febuari 2012 aku telah menghadiri kursus selama 2 minggu anjuran jabatanku. Sepanjang hari hanya mengadap dinding dan berkurung di dalam aircond. Masuk pukul 7.15pagi dan aku balik pukul 7.00 petang. 
Di sinilah apa yang aku rasakan menakjubkan. Aku ada masalah resdung. Lama sikit dalam aircond boleh hidung berair. Makan makanan pedas grenti hingus aku meleleh. Tetapi pada minggu pertama itu aku sentiasa 'cool' sahaja sedangkan orang lain mata dan hidung dah merah berhingus sebab kena selsema. Berjangkit dari seorang ke seorang lain. Namun aku masih kuat tanpa rasa apa-apa pun. Aku tidak dijangkiti selsema sedangkan sebelum ini akulah penyebarnya. Aku begitu yakin dengan khasiat jus itu sebab aku tidak mengamalkan benda lain kecuali jus delima sahaja. Sepanjang 2 minggu itu aku tidak membawa jus delima bersamaku. Hari-hari akhir barulah aku mula rasa tempias nya tapi aku masih boleh bertahan sehingga habis kursus.
Dari situ aku yakin delima adalah penawar sebab ia kaya dengan Vitamin C yang penting untuk membantu menguatkan imun badan sesiapa yang mengamalkannya. 
Sekarang ini juga di usia melebihi 35 tahun aku masih berbangga dengan kulitku sebab di antara khasiat jus Delima Giffarine adalah mencantikkan kulit.
Dari pengalaman aku sendiri menggunakan JUS DELIMA GIFFARINE ini aku berani mengesyorkan untuk orang lain terutama yang mengalami masalah resdung untuk sama-sama berkongsi rahsia dan khasiat jus delima ini. Ambillah penawar daripadanya. Rasa delima yang asli membuatkan aku yakin untuk terus menggunakannya bersama sesi keluargaku. Jadi bagaimana dengan anda? Marilah kita sama-sama guna JUS DELIMA GIFFARINE UNTUK KHASIATNYA. Ianya juga adalah HALAL.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...